Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Dasar mengurangkan pekerja asing manfaatkan pekerja setempat

Lulusan Melayu ITE dan politeknik harus rebut peluang
Feb 28, 2019 | 05:30 AM



LANGKAH pemerintah mengurangkan penggantungan majikan bagi pekerja asing dalam sektor perkhidmatan yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 harus dilihat sebagai peluang positif bagi lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik untuk bekerja dalam bidang itu.



Dalam pada itu, Menteri Negara (Tenaga Manusia dan Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad turut menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang dan skim tersedia bagi peningkatan diri terutama latihan kemahiran agar tidak ketinggalan dalam rombakan ekonomi.



"Ramai pekerja kini mungkin rasa terjejas dengan transformasi ekonomi. Malah, mereka yang pernah menjalani latihan kemahiran perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan untuk memenuhi keperluan ekonomi sekarang dan masa depan,'' kata Encik Zaqy, yang berucap dalam Bahasa Melayu dalam perbahasan Belanjawan semalam.



Dalam perbahasan yang bermula kelmarin, beberapa Anggota Parlimen (AP) seperti Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) telah menyuarakan keprihatinan mengenai kesukaran menarik pekerja setempat dalam sektor perkhidmatan, manakala AP Dilantik (NMP) Encik Douglas Foo menyatakan sektor itu tidak akan dapat menampung dengan sekatan pekerja asing.



Dalam Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan jumlah pekerja asing yang boleh digajikan dalam sektor perkhidmatan diperketatkan dan kuota pemegang Pas Khas (Pas S) dikurangkan.



Dengan mengurangkan penggantungan majikan terhadap pekerja asing dalam sektor perkhidmatan, Encik Zaqy berkata majikan akan terdorong mencorak semula dan merubah skop kerja serta melabur dalam latihan agar pekerjaan yang tersedia menawarkan prospek kerjaya lebih menarik bagi pekerja setempat.



"Langkah pemerintah mengurangkan penggantungan majikan pada pekerja asing iaitu menerusi Pas S dan Permit Kerja harus dilihat sebagai satu peluang positif bagi lulusan ITE dan politeknik kerana tenaga kerja dan kebolehan mereka amat diperlukan dalam ruang tersebut,'' kata Encik Zaqy.



Ia juga membuka peluang pekerjaan lebih besar kepada pekerja lebih matang atau dari golongan warga emas, serta untuk kaum wanita yang ingin kembali bekerja.



"Anggota masyarakat Melayu/Islam boleh memanfaatkan skim-skim tersedia, termasuk program Suai Maju atau Adapt & Grow.



"Sedang ekonomi kita disusun-semula, ia akan mewujudkan lebih banyak keadaan di mana kemahiran lama yang dimiliki tidak sesuai untuk pekerjaan baru.



"Teknologi pula merubah cara kita beroperasi dan ini adalah perubahan sukar bagi sebahagian pekerja kita yang memerlukan masa menyesuaikan diri,'' tambahnya.



Oleh itu, beliau menggalak pekerja agar lebih terdorong menjalani latihan, manakala pihak majikan pula lebih terbuka mengambil dan melatih pekerja sedemikian tanpa menetapkan kriteria awal dalam kemahiran yang diperlukan.



Tahun lalu, seramai 30,000 warga setempat memanfaatkan Program Suai Maju dengan menjalani latihan bagi pekerjaan dan kemahiran baru, serta memudahkan pemadanan kerja.



Bantuan dana bagi majikan juga disediakan bagi mengambil dan melatih warga Singapura menerusi program seperti Program Penukaran Profesional (PCP), Program Sokongan Kerjaya serta Kerjaya Percubaan.



Encik Zaqy menukil contoh dua karyawan Melayu, Cik Norfazillah Shariff, 30 tahun, yang merebut peluang menyertai PCP bagi Pekerja Sosial serta Encik Muhammad Rusydi Md Norr, 31 tahun, yang menukar kerjaya dari seorang pengurus kedai runcit untuk menjadi jururawat setelah menyertai PCP bagi Jururawat Berdaftar (Sarjana Muda).



Perbahasan Belanjawan dijangka tamat hari ini dan akan diteruskan dengan perbahasan kementerian.



Laporan Parlimen: 



Lanjutkan bantuan untuk sokong majikan ambil pekerja berkeperluan khas​



Kolong blok boleh ditukar jadi 'ruang pencipta'​



Banyak boleh dilakukan untuk pertingkat martabat wanita



Pendidikan bukan akademik satu lagi laluan bagi Melayu/Islam maju​



Sumbangan wanita dalam bangun S'pura moden akan ditonjolkan



Karyawan muda manfaatkan Program Pertukaran Profesional demi tingkat kemahiran, kerjaya​



AP gesa lebih banyak usaha bagi perbaiki ketidaksamaan, mobiliti sosial​



Usul usia persaraan, pengambilan kerja semula dinaikkan​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >