Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Zaqy garis langkah MOM bagi sokong kesejahteraan mental di tempat kerja

Nov 05, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah bekerjasama dengan agensi sosial dan kesihatan serta rakan kerja tiga pihak untuk menyediakan lebih banyak sokongan berkenaan kesihatan mental di tempat kerja.



Penasihat Tiga Pihak berkenaan Kesejahteraan Mental Pekerja akan dikeluarkan tahun ini dan bertujuan menyediakan panduan praktikal kepada majikan mengenai amalan baik di tempat kerja untuk meningkatkan kesejahteraan mental pekerja.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, mengatakan demikian ketika menjawab soalan yang diajukan Dr Wan Rizal Wan Zakaria (GRC Jalan Besar) di Parlimen semalam berkenaan langkah-langkah yang telah diambil MOM untuk memastikan kesejahteraan emosi dan mental di tempat kerja.



Encik Zaqy berkata buat masa ini, beberapa program dan sumber sudah pun disediakan bagi membantu majikan melaksanakan program kesejahteraan mental di tempat kerja.



"Misalnya Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menyediakan bengkel latihan pengurusan untuk melengkapi pengurus dan profesional sumber manusia (HR) dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pemimpin yang menyokong di tempat kerja.



"Syarikat juga boleh memanfaatkan Pakej Kesejahteraan Jangkauan di Tempat Kerja (Workplace Outreach Wellness atau WOW) HPB untuk membiayai bersama serta menguatkuasakan program... seperti bengkel kesejahteraan mental bagi kakitangan mereka," kata Encik Zaqy.



Sehingga kini, sekitar 37,000 pekerja telah pun meraih manfaat daripada program kesihatan mental HPB, tambah beliau.



MOM bersama HPB, Institut Kesihatan Mental (IMH), Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) dan Hospital Besar Changi (CGH) juga telah membangunkan alat penilaian kendiri dalam talian iWorkHealth untuk membantu syarikat mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan tekanan di tempat kerja.



Alat penilaian tersebut sedang dirintis sekumpulan syarikat, dan akan dilancarkan sepenuhnya tahun depan, ujar Encik Zaqy.



Beliau menambah bahawa terdapat syarikat yang telah ke hadapan untuk menggalakkan kesihatan mental di tempat kerja. Katanya:



"Misalnya, rangkaian WorkWell Leaders menganjurkan mesyuarat secara kerap melibatkan pemimpin korporat untuk membincang cara memperbaiki kesihatan mental di tempat kerja.



"NCSS (Majlis Perkhidmatan Sosial Nasional) juga mempunyai Program Pakar Sokongan Rakan yang melatih individu yang telah pulih daripada isu kesihatan mental sebagai Pakar Sokongan Rakan yang dapat menyokong orang lain dalam pemulihan mereka."



Encik Zaqy turut memberi keyakinan MOM akan terus bekerjasama dengan rakan kerjanya untuk mendidik dan mendapatkan sokongan majikan bagi meningkatkan kesejahteraan mental pekerja di tempat kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >