Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy hadiri forum keselamatan antarabangsa di Bahrain

Nov 21, 2021 | 08:50 PM



MENTERI Negara Kanan Pertahanan, Encik Zaqy Mohamad, telah menghadiri satu forum keselamatan antarabangsa di Bahrain dari 19 hingga 21 November.



Dianjurkan Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Dialog Manama ke-17 itu merupakan forum tahunan keselamatan utama bagi pegawai kanan pertahanan, keselamatan dan ehwal luar dari seluruh dunia untuk membincangkan cabaran keselamatan di Timur Tengah dan menjangkaunya, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan pada Ahad (21 Nov).



Semasa di Bahrain, Encik Zaqy telah dijamu makan malam oleh Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa dan makan tengah hari oleh Menteri Luar Bahrain Dr Abdullatif bin Rashid Al Zayani, kata Mindef.



Beliau juga menemui Panglima Angkatan Pertahanan Bahrain Marsyal Tentera Darat Shaikh Khalifa bin Ahmed Al Khalifa; Penasihat Keselamatan Negara Bahrain dan Komander Pengawal Diraja Mejar Jeneral Shaikh Nasser bin Hamad Al Khalifa; dan Penasihat Raja Bagi Ehwal Diplomatik Shaikh Khalid bin Ahmed Al Khalifa.



“Mereka mengesahkan semula hubungan dua hala dan pertahanan yang mesra antara Singapura dan Bahrain,” kata Mindef.



Di luar Dialog Manama itu, Encik Zaqy turut menemui pemimpin negara lain termasuk Timbalan Perdana Menteri Jordan merangkap Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Ayman Safadi; Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto.



Encik Zaqy turut menemui Penolong Menteri Pertahanan Mesir Mejar Jeneral Mohammed Salaheldine Hassan Ali; Perdana Menteri Kerajaan Wilayah Kurdistan Iraq Masrour Barzani; Penasihat Keselamatan Negara Britain Sir Stephen Lovegrove; dan Naib Ketua Pertahanan Laksamana Sir Tim Fraser; dan Komander Pusat Komand Tentera Laut Amerika Syarikat, Armada Ke-5 AS dan Naib Laksamana Angkatan Maritim Gabungan Brad Cooper.



Dalam pertemuan itu, mereka telah “bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan global dan mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala dengan negara-negara ini,” kata Mindef.



Singapura telah menghadiri Dialog Manama sejak penubuhannya pada 2004.



Dialog Manama ke-17 telah dihadiri oleh lebih 300 pegawai kanan kerajaan daripada 30 rombongan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >