Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy harap dapat bawa kesegaran dalam tugas baru

Apr 29, 2018 | 05:30 AM



SETELAH 19 tahun bertugas dalam sektor privet, Encik Zaqy Mohamad akan 'berpisah' daripada dunia korporat yang sudah sebati dengannya.



Meskipun akan merindui tugasannya di syarikat perakaunan global, Ernst & Young, Encik Zaqy amat teruja diberi peluang memikul satu tanggungjawab yang merintis lebih banyak laluan baginya untuk berkhidmat kepada negara.



Encik Zaqy, 44 tahun, akan melepaskan jawatan selaku rakan kongsi bagi memulakan peranan baru sebagai Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia) pada 1 Mei ini.



Beliau antara empat Anggota Parlimen (AP) barisan belakang yang dilantik dalam jawatan politik dalam rombakan kabinet baru-baru ini.



Walaupun kerjayanya dalam sektor privet amat luas dengan beberapa syarikat berbilang negara, kewibawaannya sebagai seorang AP sejak 2006 terserlah dan diakui ramai, terutama oleh penduduk beliau.



Semasa dihubungi, Encik Zaqy berkata bahawa keluarga serta rakan sekerjanya telah memberikan sokongan kukuh terhadap perubahan kerjayanya itu.



"Sudah tentu saya akan merindui tugas saya sekarang yang berentak cepat, cara berurusan yang dinamik dan perlu mengikuti perubahan pasaran.



"Tetapi saya juga sudah bersedia berdepan dengan sekitaran berbeza apabila melangkah ke sektor awam.



"Saya berharap dengan latar belakang ini, saya dapat membawa kesegaran dan kelainan apabila menjalankan kerja baru nanti," ujar lulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Kewangan itu.



Bapa tiga anak itu telah bertapak dalam dunia korporat sebagai konsultan kanan di syarikat perakaunan Arthur Andersen pada 1999.



Kerjayanya yang cemerlang meliputi tugas sebagai konsultan perniagaan dengan syarikat global, IBM Business Consulting Services; pengarah di Solutions Avanade, usaha sama di antara Accenture dan Microsoft; dan pengarah penjualan di Dimension Data, anak syarikat NTT Group, sebuah kumpulan syarikat yang disenaraikan antara Fortune Global 500.



Tugas baru yang bakal digalas Encik Zaqy bukan mudah.



Sebagai Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), beliau terlibat dalam proses pelakaran dasar dan berdepan dengan isu-isu genting yang akan membentuk masa depan negara.



Menurut Encik Zaqy, pengalaman sebagai pemimpin di barisan belakang dijangka banyak membantu beliau kelak.



"Saya berharap dalam saya menangani isu-isu di parlimen dan berusaha mendapatkan sokongan Anggota Parlimen nanti, saya dapat memakai lensa AP barisan belakang dan cuba melihat perspektif dan keprihatinan para AP.



"AP melakukan banyak usaha dan bekerja keras terutama apabila mereka turun padang. Isu-isu yang menjadi tumpuan mereka banyak berkait dengan penduduk.



"Jadi, saya rasa sebagai menteri negara nanti, saya boleh berasa empati terhadap mereka dan apa yang mereka cuba ingin sampaikan dan capai di parlimen," jelasnya.



Tambah beliau, kededua Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong; dan Menteri Tenaga Manusia baru dilantik, Cik Josphine Teo; serta Encik Sam Tan - yang tempatnya diganti Encik Zaqy sekarang - telah menghulurkan sokongan dan berkongsi pandangan tentang skop tugasan baru.



Dalam pada itu, Rakan Urusan Singapura dan EY Asean, Ernst & Young LLP, Encik Max Loh, melahirkan rasa gembira atas perlantikan politik baru Encik Zaqy.



"Di EY, matlamat kami ialah membina dunia bekerja lebih baik dan Encik Zaqy kini berkhidmat kepada negara dan masyarakat dalam peranan barunya merupakan lanjutan kepada tujuan kami menerusi pelbagai cara.



"Encik Zaqy telah memberi sumbangan berharga kepada EY selama di sini dan kami percaya kededua kementerian akan meraih manfaat daripada pengalaman, rangkaian dan pemahamannya terhadap landskap perniagaan dan sektor awam," ujarnya.



Kali pertama Encik Zaqy dipilih sebagai sebahagian daripada pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Hong Kah adalah pada 2006 ketika usianya baru mencecah 32 tahun.



Pada Ogos tahun lalu, beliau kemudian dilantik sebagai penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee bagi mengambil alih tempat Puan Halimah Yacob, yang meninggalkan peranan itu untuk bersaing dalam pilihan raya presiden.




"Encik Zaqy orang yang berbakat dan berpengalaman luas. Memang patut Perdana Menteri Lee Hsien Loong mahu memindahkan manfaat kebolehannya dari sektor swasta ke sektor pemerintah. Beliau masih muda dan boleh berkhidmat selama beberapa penggal lagi."
- Encik Mohamad Maidin Packer Mohd, mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri).



"Saya berpeluang bekerjasama dengannya dahulu dan kini sebagai Duta Bahasa, anggota Jawatankuasa Bulan Bahasa dan anggota Majlis Bahasa. Beliau senang bekerjasama dan sangat terbuka kepada idea baru. Beliau adalah seorang pemimpin dinamik yang sering menunjukkan hasil. Di bawah kepimpinannya semasa sambutan SG50, Bulan Bahasa amat berjaya dengan jumlah penyertaan mencapai rekod dan kesedaran tentang Bulan Bahasa amat tinggi. Beliau adalah aset kepada kementerian-kementerian yang bakal disertainya. Kami boleh menjangkakan perubahan progresif yang signifikan di bawah kepimpinannya."
- Dr Jazlan Joosoph, pakar perbidanan dan sakit puan, Hospital Raffles dan juga Duta Bahasa.



"Encik Zaqy sangat prihatin dan beliau amat mengambil berat tentang masyarakat Melayu di kawasan undi beliau, terutama isu berkaitan masalah sosial dan ekonomi masyarakat Melayu. Beliau mesra masyarakat dan saya sangat bangga dengan pencapaian beliau. Sebagai sukarelawan saya lihat, Encik Zaqy akan memastikan aktiviti atau acara yang dianjurkan MAEC untuk masyarakat mestilah bermutu dan bukan 'asal ada saja'. Beliau juga menggalakkan kami agar menganjurkan kegiatan bersama persatuan, sekolah kejiranan, masjid dan pusat tuisyen. Beliau peramah dan sabar mendengar aduan atau idea penduduk Keat Hong."
- Cik Junaidah Tarjo, usahawan dan pemimpin akar umbi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >