Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Industri Mice sesuaikan diri hadapi wabak

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



INDUSTRI mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) merupakan bahagian penting dalam seluruh ekosistem perniagaan, dengan terdapat beberapa industri lain seperti hospitaliti dan makanan dan minuman (F&B) yang bergantung padanya untuk berkembang maju, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy turut menekankan kepentingan menghidupkan semula industri Mice dan menunjukkan kepada dunia bahawa Singapura, sebagai sebuah hab antarabangsa, berupaya mengadakan acara Mice dengan selamat dan berkesan semasa pandemik Covid-19 ini.



Semalam, beliau mengunjungi Ekspo dan Pusat Konvensyen Sands bagi meninjau langkah pengurusan selamat dan teknologi yang digunakan untuk mempertingkat keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



Encik Zaqy berkata beliau berasa gembira melihat bagaimana industri Mice telah menyesuaikan keadaan untuk beroperasi dalam pandemik ini dengan melaksanakan langkah pengurusan selamat yang diperlukan, dan pada masa yang sama, terus menitik beratkan keselamatan dan kesihatan pekerja.



Beliau memberi contoh pameran dagang TravelRevive yang diadakan di Ekspo dan Pusat Konvensyen Sands minggu lalu, yang telah melaksanakan langkah pengurusan selamat seperti kios pendaftaran automatik bagi mengurangkan sentuhan kontak.



Pameran itu juga diadakan secara gabungan atau hibrid dengan beberapa peserta menghadiri acara itu secara maya.



"Saya rasa ini penting kerana ia memberi industri, orang ramai dan perniagaan keyakinan bahawa kita bersedia buka semula dengan langkah-langkah dilaksanakan, dan saya rasa ini juga satu komitmen yang kita ada apabila kita bercakap tentang pembukaan semula yang selamat buat ekonomi kita, terutamanya industri Mice," kata beliau.



Dari segi aspek keselamatan di tempat kerja pula, beliau menyentuh tentang penggunaan automasi yang bukan hanya dapat mengurangkan keperluan tenaga manusia dan mempertingkat produktiviti, malah menyokong pekerja dalam meningkatkan kecekapan dalam persekitaran kerja dan mengurangkan kejadian penyakit akibat pekerjaan.



Antara faktor risiko dalam pekerjaan Mice termasuk bekerja di tempat tinggi, namun penggunaan kren dan automasi yang lebih baik hari ini telah dapat membantu melindungi keselamatan pekerja, tambah Encik Zaqy.



Beliau berkata usaha yang dilakukan Marina Bay Sands dalam melaksanakan langkah pengurusan selamat semasa pandemik ini dan melakukan penilaian risiko adalah contoh baik yang harus diamalkan secara meluas dalam industri.



"Bagi mereka, keselamatan juga menjejas reputasi perniagaan, dan juga akan menjejas, contohnya jika terdapat kemalangan semasa pelaksanaan kerja, terutamanya sewaktu keadaan lemah ini, perkara terakhir yang anda mahukan ialah Arahan Berhenti Bekerja dan ini akan menjejas perniagaan mereka juga.



"Oleh itu, dengan menyedari akan perkara ini dan kesejahteraan pekerja mereka, kedua-dua langkah keselamatan dan juga kesihatan adalah penting untuk memberi sokongan kepada pekerja, dan pada masa yang sama, memberi keyakinan kepada orang awam dan masyarakat antarabangsa bahawa sektor Mice kita bersedia dibuka semula," kata beliau.



Sejak Oktober lalu, penganjur boleh memohon keizinan mengadakan acara Mice yang boleh dihadiri hingga 250 peserta.



Industri Mice, yang menyokong lebih 34,000 pekerjaan di sini dan menyumbang $3.8 bilion kepada ekonomi, atau hampir 1 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), merupakan antara sektor paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >