Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Jangan singgung perasaan antara kaum, harus lebih peka

Jul 31, 2019 | 05:30 AM



KONTROVERSI yang timbul daripada sebuah iklan menyinggung perasaan serta video yang 'mengutuk' iklan tersebut wajar dijadikan pengajaran dalam usaha membina kepekaan dan kehidupan harmoni.



Perbincangan dan tindakan susulan mengenai isu tersebut juga harus dijalankan secara berhemah tanpa menyinggung perasaan mana-mana kumpulan.



Dalam pada itu, masyarakat minoriti dan majoriti harus saling menghormati antara satu sama lain.



Demikian antara reaksi beberapa pemimpin mengenai video rap yang mengutuk iklan kontroversi oleh laman pembayaran elektronik epaysg.com.



Polis sedang menyiasat video rap oleh selebriti YouTube Preeti Nair dan abangnya Subhas Nair, yang didakwa mengandungi isi yang menyinggung perasaan.



Mengulas mengenai kejadian tersebut, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, memerhatikan bahawa video rap itu mengutuk masyarakat Cina Singapura dengan kata-kata kesat.



"Isu kaum sentiasa menjadi isu sensitif, dan insiden ini mengingatkan kita bahawa menjaga keharmonian kaum merupakan usaha yang masih berterusan," kata Encik Zaqy.



"Tidak kira perbezaan kita, tidak kira sama ada kita merupakan masyarakat minoriti ataupun majoriti, kita perlu saling menghormati, menghargai dan mempunyai sikap timbang rasa.



"Bak kata pepatah Melayu, 'Bahasa menunjukkan bangsa', yang menekankan bahawa bahasa yang digunakan mencerminkan penghargaan budaya," ujarnya.



Bagi Presiden Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Ameerali Abdeali, beliau berpendapat episod itu wajar dijadikan pengajaran tentang sensitiviti kehidupan masyarakat majmuk.



"Kejadian ini juga boleh dijadikan iktibar dan rujukan dalam perbincangan pada masa depan, dalam membina sensitiviti dan kehidupan harmoni," ujarnya.



Namun, Encik Ameerali berkata apa yang lebih membimbangkan ialah reaksi susulan yang hanya menambah kontroversi.



"Cara lebih berhemah ialah jika ada pihak yang tersinggung, mereka boleh menyatakannya secara terus terang daripada menghasilkan video reaksi atau menyerang masyarakat lain," ujar Encik Ameerali.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muslim Youth Forum (MYF), Ustaz Zahid Zin, pula menyeru masyarakat agar menjaga hubungan antara kaum



"Kalau kita rasa ada pihak buat salah, kita rujuk kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan," ujarnya.



Presiden Persatuan Kadayanallur Muslim Singapura, Encik Naseer Ghani, pula berkata tiada ruang bagi tindakan yang menimbulkan kemarahan kaum lain.



Beliau juga menyebut kesan sebuah video oleh seorang yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.



"Apapun tujuannya, saya tidak lihat apa-apa kebaikan (daripada video tersebut).



"Lebih ramai pengikut, lebih teruk kesannya. Beliau (Cik Nair) harus tahu jika beliau ada pengaruh, beliau perlu ada tanggungjawab agar berhemah dalam apa yang beliau katakan," ujar Encik Naseer.



Pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP), Dr Md Badrun Nafis Saion, pula berkata:



"Saya fikir video itu, meskipun jelas bersifat satira, menimbulkan isu bagaimana orang ramai harus bijak gunakan media sosial, walaupun bagi tujuan hiburan.



"Kita tidak harus biarkan kandungan yang menyinggung manamana pihak, majoriti atau minoriti.



"Ia juga menunjukkan peri pentingnya perbincangan mengenai hubungan kaum secara terbuka dan jujur."




"Isu kaum sentiasa menjadi isu sensitif, dan insiden ini mengingatkan kita bahawa menjaga keharmonian kaum merupakan usaha yang masih berterusan.

Tidak kira perbezaan kita, tidak kira sama ada kita merupakan masyarakat minoriti ataupun majoriti, kita perlu saling menghormati, menghargai dan mempunyai sikap timbang rasa.

Bak kata pepatah Melayu, 'Bahasa menunjukkan bangsa', yang menekankan bahawa bahasa yang digunakan mencerminkan penghargaan budaya."

- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >