Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Kaji semula kawalan keselamatan

Syarikat digesa ambil langkah elak kecederaan dan kematian di tempat kerja
Jun 30, 2021 | 05:30 AM



KEMALANGAN tragis yang mengorbankan sembilan nyawa di tempat kerja yang meliputi beberapa sektor dari Mei hingga Jun bukan hanya mengecewakan, namun juga membimbangkan kerana kebanyakkan kemalangan itu disebabkan oleh kesilapan keselamatan asas yang dapat dielakkan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad.



Menyusuli kemalangan ini, beliau menggesa semua syarikat untuk menghentikan kerja buat sementara bagi tujuan keselamatan atau 'safety time-out' (STO) untuk mengkaji semula kawalan keselamatan dan kaedah kerja mereka, antara lain, sambil menekankan bahawa keselamatan pekerja perlu menjadi keutamaan.



"Saya ingin menggesa semua syarikat, bahkan yang bukan dalam industri berisiko tinggi tradisional, untuk menjawab panggilan ini untuk mengelakkan kecederaan dan kematian di tempat kerja.



"Sedang anda menjalankan STO, luangkan masa untuk meninjau langkah-langkah kawalan yang sedia ada. Pihak pengurusan perlu melibatkan kakitangan mereka untuk menekankan secara peribadi bahawa mereka harus menggunakan prosedur kerja yang selamat.



"Keadaan kerja yang lebih selamat hanya dapat dicapai apabila majikan dan para pekerja berpegang kepada keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mereka sendiri," kata Encik Zaqy ketika berucap di Persidangan bizSAFE yang diadakan dalam talian semalam.



Memberi respons terhadap seruan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) minggu lalu, beberapa persatuan industri seperti pembinaan, marin, kejuruteraan proses, pembuatan, serta pengangkutan dan logistik telah meminta lebih dari 10,700 anggotanya agar meluangkan masa mengkaji semula kawalan keselamatan dan kaedah kerja mereka.



Encik Zaqy menambah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyokong langkah tersebut selain menggesa kesatuan mereka untuk menyokong syarikat bersekutu mereka dalam usaha ini.



Memberi contoh, beliau berkata Kesatuan Pekerja Pembinaan Bangunan dan Industri Pembalakan telahpun mengambil langkah pertama dalam meminta syarikat bersekutu untuk melaksanakan STO.



Ini termasuk menggesa pihak pengurusan atasan supaya mengadakan lawatan ke tempat kerja dan mendidik para pekerja mengenai amalan kerja WSH.



Selain itu, mereka juga meninjau langkah-langkah kawalan risiko semasa dan membuat keputusan sama ada ia mencukupi dan memastikan langkah-langkah kawalan dilaksanakan sesuai dengan penilaian risiko.



Dalam kenyataan berasingan, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong, berkata NTUC sedang bekerjasama dengan rakan sekutu dan rakan pengurusan untuk melaksanakan STO di tempat kerja sambil menarik perhatian bahawa sebanyak 23 kematian di tempat kerja berlaku pada tahun ini.



Beliau berkata antara kebimbangan yang diketengahkan semasa lawatan mereka di beberapa tempat kerja, termasuk kekurangan tenaga kerja sehingga pekerja harus mengambil tugas yang tidak biasa dilakukan, dengan ada di antaranya merupakan pekerjaan yang mereka tidak mendapat latihan khusus.



"NTUC akan bekerjasama dengan semua kesatuan sekutu kami untuk menggalak STO di semua tempat kerja berisiko tinggi.



"Kita boleh memulakan dengan meminta kakitangan WSH mengkaji amalan di tempat kerja dan penilaian risiko.



"Ditambah dengan pilihan baru untuk mendaftarkan pekerja mereka dalam latihan dan penilaian Kursus Orientasi Keselamatan dalam talian, syarikat juga digalakkan supaya mengadakan bengkel dan pertemuan dengan pekerja untuk mendidik semula tentang keselamatan asas di tapak kerja dan bagaimana pekerja dapat memainkan peranan mereka dalam menegakkan piawaian WSH yang baik," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >