Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy ketuai pasukan selaras derma barang, makanan bantu pekerja asing

Apr 30, 2020 | 05:30 AM



SATU pasukan yang diterajui Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, kini sedang berusaha gigih menyelaraskan sumbangan derma barang makanan dan bukan makanan untuk membantu pekerja asing di sini secara lebih berkesan.



Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan rakan masyarakat, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan semalam.



"Pasukan bertindak silang agensi telah menerima banyak tawaran daripada NGO, perniagaan dan individu untuk menyokong pekerja asing menerusi sumbangan derma barang makanan dan bukan makanan. Kami amat berterima kasih atas kemurahan hati mereka," kata MOM.



Pasukan itu telah bekerjasama dengan NGO, seperti Perikatan Pendekatan Pekerja Tetamu, Gabungan Sokongan Pekerja Asing Covid-19, Perikatan Bantuan Krisis dan Pusat Pekerja Asing, demi memastikan sumbangan derma yang diberikan sampai kepada pekerja asing.



Sejauh ini, mereka mendekati lebih 20,000 pekerja asing setiap hari untuk menghantar pakej penjagaan, pelitup muka dan makanan kepada pekerja yang tidak disediakan makanan.



Di samping itu, hampir 70,000 pekerja asing telah menerima pakej penjagaan dan bantuan lain yang disediakan relawan daripada lebih 10 kumpulan masyarakat dan NGO.



MOM berkata usaha oleh NGO dan rakan masyarakat itu melengkapi kerja berterusan pasukan bertindak dan ini dapat dilakukan menerusi kerjasama Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) untuk menyelaraskan dan memadankan sumbangan derma kepada keperluan pekerja asing.



Kementerian itu menambah bahawa setiap sumbangan barangan makanan dan bukan makanan memerlukan perancangan tenaga manusia dan logistik tambahan untuk menghantar, menyimpan dan mengagihkannya kepada pekerja.



Pasukan itu bekerjasama dengan NGO dan rakan masyarakat untuk merancangkan usaha itu awal supaya aturan yang perlu dapat dibuat.



"Ini akan membolehkan sumbangan derma tersebut lebih disasarkan untuk memenuhi keperluan pekerja.



"Misalnya, sumbangan derma makanan kurang diperlukan di asrama yang sudah menerima makanan katering," kata MOM.



Orang ramai yang ingin menyokong pekerja asing yang terjejas dengan Covid-19 boleh melungsuri laman SG United di www.sgunited.gov.sg/donate.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >