Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Masih ada ruang niaga tumbuh dalam pandemik

Firma boleh manfaatkan pelbagai skim sokongan, kos pinjaman rendah, katanya semasa dialog mengenai Belanjawan anjuran DPPMS dan BH
Feb 24, 2021 | 05:30 AM



PERNIAGAAN masih boleh merebut peluang sekarang untuk berkembang meskipun di tengah-tengah kemerosotan disebabkan pandemik, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Ini sedang pemerintah menyediakan pelbagai skim sokongan termasuk Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) untuk menggalakkan syarikat menggajikan pekerja setempat.



Di samping itu, perniagaan boleh memanfaatkan kos pinjaman yang rendah sekarang ekoran kadar faedah pinjaman yang rendah untuk mengembangkan perniagaan mereka, kata Encik Zaqy.



"Soalannya adalah bagaimana kita boleh gunakan beberapa perkara ini untuk menjana pertumbuhan dan berkembang, dan bergerak lebih pantas. Itulah strategi untuk bangkit lebih kukuh.



"Kami ada skim untuk membantu anda," ujar Encik Zaqy di satu dialog mengenai Belanjawan anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Berita Harian (BH) semalam.



Dalam Belanjawan baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat mengumumkan sebanyak $5.2 bilion akan diperuntukkan bagi JGI untuk melanjutkan tempoh pengambilan pekerja untuk tujuh bulan lagi sehingga hujung September ini.



Skim itu memberi subsidi pendapatan untuk menolong majikan memperkukuhkan tenaga kerja setempat.



Encik Zaqy berkata skim ini merupakan antara sokongan yang boleh dimanfaatkan syarikat untuk mendapatkan pekerja sekarang.



Turut menyertai dialog itu semalam, Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, pula menyarankan agar perniagaan menyemak model pendapatan mereka.



"Apa pun geran yang diberikan pemerintah, bagaimanakah kita boleh menggunakannya untuk mengalihkan perniagaan kita dan membangun ciri-ciri unik kita sendiri.



"Kita perlu melihat model pendapatan. Tumpuan Belanjawan kali ini ialah sedang ia cuba membantu syarikat mengelak kerugian besar, ia juga memberi tumpuan kepada pertumbuhan," kata Encik Abu Bakar.



Antara program baru untuk perniagaan yang diumumkan dalam Belanjawan baru-baru ini termasuk satu program untuk menggalak perniagaan mendakap teknologi baru.



Program Teknologi Baru itu akan membiayai bersama kos percubaan dan pelaksanaan teknologi baru dan huraian digital.



Satu lagi inisiatif baru ialah Wadah Pencetus Usaha Inovasi Korporat yang akan dirintis tahun ini untuk menyokong perniagaan berinovasi dan bekerjasama di peringkat global.



Sekitar 30 anggota DPPMS menyertai dialog sekitar dua jam itu yang diadakan di Village Hotel Bugis.



Beberapa isu yang ditimbulkan termasuk kebergantungan terhadap pekerja asing, cabaran untuk bertahan di tengah pandemik ini, serta peluasan perniagaan di peringkat serantau dan global.



Antara peserta dialog itu, pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayob Angullia, bertanya tentang usaha untuk memperkukuh keterhubungan Singapura dengan nusantara, termasuk kawasan Riau.



Memberi respons, Encik Zaqy akur terdapat banyak potensi di rantau ini.



"Sebagai perniagaan dari Singapura, satu cabaran adalah dari segi kos... tetapi satu kelebihan anda adalah dari segi teknologi dan keupayaan digital.



"Tetapi ia bukan sahaja tentang soal kos, tetapi bagaimana untuk melihat (potensi) di sepanjang rantai bekalan," ujar Encik Zaqy.



Dalam hal ini, Encik Abu Bakar pula menyarankan agar perniagaan di Singapura bekerjasama untuk memanfaatkan peluang di peringkat serantau.



"Apa yang perlu dilakukan Dewan adalah untuk membangun semacam mothership atau badan induk, jadi kita boleh keluar dan hunt as pack (memburu peluang sebagai satu pasukan). Ini adalah satu usaha yang besar," ujar Encik Abu Bakar.




"Soalannya adalah bagaimana kita boleh gunakan beberapa perkara ini, untuk menjana pertumbuhan dan berkembang, dan bergerak lebih pantas. Itulah strategi untuk bangkit lebih kukuh. Kami ada skim untuk membantu anda... Sebagai perniagaan dari Singapura, satu cabaran adalah dari segi kos... tetapi satu kelebihan anda adalah dari segi teknologi dan keupayaan digital. Tetapi ia bukan sahaja tentang soal kos, tetapi bagaimana untuk melihat (potensi) di sepanjang rantai bekalan."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >