Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Masyarakat perlu pandang ke hadapan, rebut peluang ekonomi baru

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



MASA depan pekerjaan sedang Singapura bergerak ke arah ekonomi hijau antara topik yang ditimbulkan peserta dialog pasca-Belanjawan yang dianjurkan oleh rangkaian MKuasaTiga (M3).



Mereka juga membincangkan beberapa isu lain yang berhubungan, termasuk komitmen pemerintah untuk membina ekonomi hijau yang inklusif dalam usaha menangani perubahan iklim serta usaha pendigitalan yang sedang berlangsung.



Dialog tersebut diterajui Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad dan turut disertai panel penjawat politik dan Anggota Parlimen (AP) lain seperti Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.



Encik Zaqy menggesa masyarakat supaya memandang ke hadapan dan merebut peluang ekonomi baru, terutama apabila keadaan ekonomi bertambah pulih daripada kesan pandemik Covid-19.



"Ramai dalam kalangan masyarakat kita prihatin terhadap masa depan Singapura... dan bagaimana kita gunakan belanjawan ini untuk melaburkan bagi masa depan mereka dan Singapura... untuk menampung kos kesihatan dan kos sosial," ujar Encik Zaqy.



"Yang penting juga adalah cara kita meraih peluang daripada trend-trend baru seperti pendigitalan dan pekerjaan baru yang akan menjelma," kata beliau.



Menambah, Encik Zaqy berkata antara sektor yang dijangka berkembang adalah sektor perkilangan lanjutan, kesihatan dan sektor sosial manakala sektor seperti penerbangan dan pelancongan akan terus terjejas.



Dialog tersebut, yang diadakan secara hibrid - iaitu melibatkan kededua peserta di Kelab Masyarakat Keat Hong dan yang menyertai sesi secara maya - diadakan malam kelmarin.



Ia adalah sesi pertama antara tiga dialog pasca Belanjawan yang dijadual sehingga minggu depan.



Sekitar 150 peserta daripada pertubuhan Melayu/Islam (MMO), pemimpin masjid, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan kumpulan belia setempat menghadiri sesi pertama.



Antara isu lain yang dibincangkan dalam sesi itu adalah tentang kesihatan mental, perumahan, usaha pemerintah dalam menangani krisis Covid-19 dan pendidikan peringkat awal atau prasekolah.



Menyentuh mengenai pekerjaan bebas atau sebagai 'freelancer' seperti yang dilakukan penghantar makanan Cik Nadia berkata ekonomi gig menawarkan laluan pekerjaan yang menyokong mereka yang belum atau tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang tetap.



Namun beliau juga menekankan peri penting merebut peluang yang ditawarkan pemerintah kepada semua warga untuk memperluas kemahiran dan mendapat kerja dalam ekonomi baru.



"Malah Pelan Hijau Singapura yang telah diumumkan sebahagian daripada Belanjawan 2021 juga menawarkan peluang yang menarik bagi belia, dan pihak sekolah juga akan meningkatkan kesedaran terhadap pekerjaan bidang hijau seperti reka bina bandar, tenaga boleh diperbaharui, teknologi bersih, kemampanan makanan, pertanian bandar dan kewangan hijau," kata beliau lagi.



Dialog yang dianjurkan oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dengan sokongan Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) iaitu tunggak M3 ini diteruskan pada minggu depan dengan format sama.



Pada 16 Mac, ia bakal diadakan secara fizikal di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) dan melibatkan panel pemimpin yang diketuai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Pada hari selanjutnya, ia akan diadakan di tempat sama melibatkan panel yang diketuai Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman.




"Ramai dalam kalangan masyarakat kita prihatin terhadap masa depan Singapura... dan bagaimana kita gunakan belanjawan ini untuk melaburkan bagi masa depan mereka dan Singapura... untuk menampung kos kesihatan dan kos sosial. Yang penting juga adalah cara kita meraih peluang daripada trend-trend baru seperti pendigitalan dan pekerjaan baru yang akan menjelma."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >