Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BULAN BAHASA

Zaqy: Penggunaan bahasa Melayu perlu seiring perubahan semasa

Sep 25, 2018 | 05:30 AM



AMALAN dan penggunaan bahasa Melayu perlu berkembang seiring dengan perubahan semasa supaya bahasa itu terus makmur, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Beliau, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, berkata walaupun bahasa Melayu kini sedang menempuh masa depan yang kian mencabar dalam zaman serba moden hari ini dan dengan adanya teknologi media baru, bahasa itu tetap kekal utuh dan tidak lenyap.



"...bahasa Melayu tidak luput, malah kian makmur dari zaman ke zaman. Ia adalah warisan kita," kata beliau semasa memberi ucapan di acara Bulan Bahasa Keat Hong 2018 di Kelab Masyarakat Keat Hong Sabtu lalu.



Namun, beliau berkata masyarakat perlu sentiasa peka dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berhemah, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan.



Beliau juga menggalak orang ramai menyokong dan memanfaatkan pelbagai kegiatan Bulan Bahasa sebagai sebahagian usaha memakmurkan bahasa Melayu.



Menurutnya, sejak beberapa tahun lalu, semangat dan sokongan terhadap kempen Bulan Bahasa amat kuat di kalangan masyarakat.



Pelbagai kegiatan dan program diadakan sempena acara Bulan Bahasa Keat Hong 2018, termasuk persembahan tarian dan persembahan Teater Masyarakat bertajuk "Harapan Irdina".



Konsert Rock Jiwang merupakan acara kemuncak dan penutup pada hari itu, dengan penonton dihiburkan dengan persembahan oleh penyanyi setempat, Iskandar Ismail (Eiss) dan Sarah Aqilah, dan penyanyi seberang Tambak, Ezad Lazim dan Datuk AC Mizal.



Acara Bulan Bahasa itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Keat Hong dengan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Keat Hong dan disertai sekitar 3,000 orang.



Encik Zaqy berkata persembahan sedemikian dapat memaparkan penggunaan bahasa Melayu dengan cara yang kreatif untuk menarik minat golongan muda.



Turut menyertai acara Bulan Bahasa Keat Hong itu ialah Menteri Kesihatan, yang juga AP GRC Chua Chu Kang, Encik Gan Kim Yong.



"Program yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa telah dapat memupuk rasa cinta akan bahasa kita di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingannya," kata Encik Zaqy.



Ketika ditemui media, beliau berkata format yang berbeza perlu digunakan untuk memupuk minat dalam budaya dan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, terutamanya anak-anak muda.



"... oleh sebab lebih ramai anak muda menggunakan telefon bimbit dan lebih fasih dalam penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan di tempat kerja dan sebagainya, memang penting bagi kita menggunakan pelbagai format bagi mendekati mereka dan juga membiasakan mereka dengan penggunaan bahasa di dalam konteks moden hari ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >