Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Penting bagi belia siap rebut peluang ekon masa depan

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi belia hari ini mempunyai persediaan menghadapi masa hadapan selain dilengkapi dengan kemahiran yang boleh dipindahkan bagi merebut peluang dalam ekonomi masa depan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di sesi pendampingan menerusi wadah Zoom dengan 15 penerima Anugerah Mendaki kelmarin, Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, berkata:



"Mendaki komited dalam memberi sokongan terhadap aspirasi para belia bagi membangunkan kecekapan mereka sambil merebut setiap peluang yang ada.



"Ini selaras dengan kempen Raikan Ilmu yang akan diadakan bulan depan, di mana kami mahu menggalak masyarakat memperkukuhkan daya ketahanan dan kekal relevan dengan merebut peluang dalam dunia pasca Covid."



Dengan itu, beliau menggesa belia meneroka industri pertumbuhan yang telah membuktikan mereka mampu berkembang dan kekal berdaya tahan walaupun dengan gangguan yang berlaku dek Covid-19.



Bersependapat dengan sentimen tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, yang juga hadir di sesi itu, turut menggalak masyarakat untuk menyertai kegiatan yang akan dianjurkan Mendaki dan rakan kongsinya bagi acara Raikan Ilmu.



"Untuk muncul lebih kuat pasca Covid ini, kita perlu merebut peluang dengan cepat untuk mempelajari kemahiran dan memperoleh pengetahuan baru agar dapat mengakses peluang pekerjaan baru di masa depan.



"Mendaki ingin menggalak masyarakat untuk mengambil bahagian dalam Raikan Ilmu dan menerapkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian dari budaya kita," kata Cik Zuraidah.



Awal bulan ini, badan bantu diri itu telah membentangkan rancangan bagi Bulan Raikan Ilmu tahun ini dalam sidang media di Wisma Mendaki.



Sekitar 30 peratus kegiatan dan acara fizikal atau hibrid akan diperkenal semula sempena Bulan Raikan Ilmu yang akan berlangsung sepanjang bulan depan.



Turut hadir untuk berkongsi pengalaman mereka di sesi pendampingan semalam ialah Timbalan Ketua Pendakwa dan Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir dan Presiden Kelab Mendaki, Cik Faridah Saad.



Sesi tersebut adalah yang kedua dianjurkan oleh Mendaki untuk terus mendampingi dan menyokong penerima bantuan mereka, sambil memberi peluang membina rangkaian hubungan untuk para belia selain mengadakan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat, negara dan global.



Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha Mendaki untuk melibatkan dan menggalak penerima anugerah mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat melalui program Mendaki atau M Kuasa Tiga (M3).




"Mendaki komited dalam memberi sokongan terhadap aspirasi para belia bagi membangunkan kecekapan mereka sambil merebut setiap peluang yang ada.



Ini selaras dengan kempen Raikan Ilmu yang akan diadakan bulan depan, di mana kami mahu menggalak masyarakat untuk memperkukuhkan daya ketahanan dan kekal relevan dengan merebut peluang dalam dunia pasca Covid."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >