Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

SUSULAN JURUJUAL DIARAH BUKA HIJAB

Zaqy: Penting bagi majikan sampaikan dasar kod pakaian dengan jelas

Aug 20, 2020 | 05:30 AM

Baru-baru ini, insiden yang melibatkan pegawai promosi sambilan yang didakwa disuruh membuka tudungnya oleh kakitangan pusat serbaneka Tangs tersebar di media sosial. Pengguna Instagram, Cik Raine Chin, yang menggunakan nama akaun @anastasiabyraine pemilik perniagaan yang menjual bag kulit buatan tangan, telah memuatnaik pos tentang insiden itu dalam Instagram 'story'. Berdasarkan perkongsian di Instagram itu pada 29 Julai, Cik Raine Chin berkata bahawa salah seorang pekerjanya, Cik Nurin Jazlina Mahbob, 20 tahun, didekati kakitangan Tangs yang didakwa menyuruhnya membuka hijab untuk dibenarkan terus bekerja di gerai 'pop-up' yang terletak di pusat serbaneka itu. Walaupun dibenarkan memakai hijabnya sepanjang hari, Cik Nurin telah diberikan garis panduan Tangs. Menurut pos Cik Chin, antara yang ditetapkan garis panduan tersebut termasuk tidak membenarkan pakaian yang menutup kepala. Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep) kini sedang menyiasat insiden tersebut. Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad menerusi siaran di Facebook semalam, memberikan respon terhadap insiden ini. Berikut kami siarkan respon penuh Encik Zaqy.

ANDA mungkin telah membaca laporan media baru-baru ini mengenai insiden di gedung beli-belah, Tangs, di mana seorang jurujual dikatakan diminta menanggalkan tudungnya untuk bekerja di premisnya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >