Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Penting RSAF kekal tahap kesediaan tinggi semasa pandemik

Mar 21, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting untuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terus menjalankan penerbangan langsung setiap hari dan menjalani latihan bermutu bagi mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi, walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, di akhir lawatan ke Komand Kombat Udara (ACC) RSAF di Pangkalan Udara Paya Lebar kelmarin.



Di sana, Encik Zaqy telah diberi penerangan tentang peranan dan keupayaan operasi ACC, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya.



Semasa lawatan itu, beliau menaiki jet pejuang F-15SG, di mana beliau menyaksikan bagaimana RSAF menjalankan latihan untuk melindungi ruang udara Singapura.



Encik Zaqy juga berinteraksi dengan kru udara dan darat RSAF, dan mengucapkan terima kasih di atas dedikasi dan komitmen mereka terhadap pertahanan Singapura.



"Saya dapat menyaksikan profesionalisme, kecekapan dan kerja berpasukan askar udara lelaki dan wanita kami, dan saya gembira dengan komitmen mereka untuk melindungi Singapura dan ruang udara kita. Saya yakin bahawa RSAF siap sedia 24/7 untuk menjamin keselamatan ruang udara kita," katanya.



ACC mengendalikan pesawat pejuang dan pengangkutan RSAF.



Jet pejuang F-15SG dan F-16 bersiap sedia sepanjang masa untuk mempertahankan ruang udara Singapura, kata Mindef.



Dalam kejadian berlainan pada 2018 dan 2019, RSAF bertindak balas dengan jaya terhadap ancaman bom di atas pesawat awam, di mana jet pejuang RSAF mengiring pesawat awam itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >