Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Perkukuh rahmah demi kebaikan negara

Berikut ucapan Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang dalam acara Perjalanan Hijrah (Hijrah Walk) 2018 di Masjid Ar-Raudhah hujung minggu lalu. Penduduk GRC Chua Chu Kang yang berusia 40 tahun boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Al-Khair serta empat kelab masyarakat
Sep 18, 2018 | 05:30 AM



"SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Chua Chu Kang GRC atas inisiatif mereka menganjurkan acara Hijrah Walk dan bekerjasama dengan Masjid Ar-Raudhah.



Sesuai dengan semangat Awal Muharam, acara ini bertujuan mencontohi pengorbanan Nabi Muhammad saw yang teguh mengharungi segala rintangan demi agama dan kemanusiaan.



Acara Hijrah Walk ini dirangsang agar dapat mencontohi peribadi dan pengorbanan Nabi Muhammad saw semasa berhijrah dari Makkah ke Madinah.



Sepanjang perjalanan hari ini sejauh 1.8 kilometer ini juga, para peserta akan berdepan dengan beberapa cabaran. Saya diberitahu ramai orang menyertai acara ini untuk mengambil semangat Hijrah dan bukan hanya berjalan dari satu point ke satu point sahaja.



Selain membina keakraban antara peserta, lebih penting lagi acara Hijrah Walk diharap terus merangsang golongan muda agar mencontohi bagaimana Nabi Muhammad saw menyatukan masyarakat daripada berbilang latar belakang.



Dalam pesanan beliau sempena sambutan awal Muharam, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram antara lain memuji peranan berterusan masyarakat Islam dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menjalankan tanggungjawab menyemai nilai kebersamaan dan perpaduan dalam konteks masyarakat yang berbeza agama dan bangsa.



Beliau juga mengajak masyarakat Islam Singapura menyebarkan "rahmah proaktif" dan bukan sekadar menghulurkan "rahmah reaktif" sahaja.



Dari itu, sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam konteks negara berbilang kaum, kita perlu memberi rahmah demi mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara.



Rahmah yang menyeluruh bererti belas dan kasih yang melimpah, bakti kemanusiaan, khidmat kebajikan untuk seluruh warga Singapura.



Bagi kita, memuliakan manusia atas sifat kemanusiaannya tanpa mengira agama, bangsa adalah suatu tuntutan keagamaan.



Hubungan sesama manusia - Melayu, India, Cina adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran Singapura.



Sifat kasih dan sayang mesti menjadi satu fenomena penting dalam kehidupan kita.



Sifat kasih sayang akan mencetuskan perasaan gembira pada orang lain serta menghilangkan kesedihannya.



Ini kerana Islam menerima kemajmukan dan kita mesti menerima, menghargai dan menghormati warga Singapura dalam segala kepelbagaiannya, bangsanya, bahasanya, agamanya dan budayanya.



Ini sesuai dengan tema 'Hijrah' di mana hijrah itu membawa maksud perubahan, membawa maksud peningkatan, membawa maksud kesungguhan kita.



Ayuh kita teruskan langkah Hijrah Walk ini, kerana hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran.



Masjid-masjid secara aktif menyokong usaha ini kerana mereka memainkan peranan penting sebagai institusi agama.



Di peringkat masyarakat pula, terdapat Program Kesihatan yang sedang dijalankan oleh kelab masyarakat seperti program pemeriksaan kesihatan.



Untuk meningkatkan usaha ini, kami melancarkan Pos Kesihatan Masyarakat (Community Health Posts) di GRC Chua Chu Kang dengan sokongan daripada Pasukan Penjagaan Masyarakat NUHS.



Pos kesihatan ini beroperasi di kawasan kejiranan.



Mereka terdiri daripada jururawat dan penyelaras penjagaan yang bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat.



Perkhidmatan ini menyediakan sokongan penjagaan kesihatan untuk membantu warga Singapura dan Penduduk Tetap berusia 40 tahun ke atas untuk menguruskan keadaan kesihatan kronik mereka.



Ia boleh didapati di empat Kelab Masyarakat (Chua Chu Kang, Keat Hong, Hillview dan Nanyang) di GRC Chua Chu Kang, Masjid Al-Khair dan Masjid Ar-Raudhah.



Bagi membantu penduduk mengurus kesihatan mereka, Pos Kesihatan Masyarakat ini menyediakan nasihat dan pendidikan kesihatan kepada individu berdasarkan keadaan kronik masing-masing.



Penilaian kesihatan asas dijalankan untuk mengenal pasti tanda-tanda awal penurunan kesihatan mereka.



Mereka kemudian akan diberi nasihat untuk mendapatkan penilaian perubatan lanjut.



Jika perlu, ia dapat membantu untuk memudahkan rujukan ke penjagaan asas atau perkhidmatan masyarakat untuk penilaian tersebut.



Dengan cara ini, kita dapat membantu mengawasi kesihatan melalui usaha gigih dengan mengekalkan gaya hidup yang aktif dan mengesan penyakit pada tahap awal melalui program Pos Kesihatan Masyarakat ini."




"... Islam menerima kemajmukan dan kita mesti menerima, menghargai dan menghormati warga Singapura dalam segala kepelbagaiannya, bangsanya, bahasanya, agamanya dan budayanya."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >