Zaqy: Pilihan kurangi gaji pekerja asing mungkin dimansuh jika disalahguna, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Zaqy: Pilihan kurangi gaji pekerja asing mungkin dimansuh jika disalahguna

Jul 10, 2018 | 05:30 AM

PILIHAN untuk mengurangkan gaji pekerja asing, dengan persetujuan kededua pekerja dan majikan, mungkin terpaksa dimansuhkan jika ia terus disalahguna.

Demikian yang ditekankan Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad menerusi Facebooknya semalam.

Dalam kenyataannya, Encik Zaqy menyentuh tentang isu gaji pekerja asing, atau gaji In-Principle Approval (IPA) yang dikurangkan dengan tidak semena-mena oleh majikan.

Menurut Encik Zaqy, pilihan untuk mengurangkan gaji tersebut bertujuan untuk memberi peluang pekerja asing kekal bekerja walaupun persembahan mereka kurang daripada dijangka.

"Dalam insiden seperti itu, pekerja asing mungkin lebih rela gajinya dikurangkan supaya setaraf dengan tahap kemahirannya dibandingkan terus dihantar pulang.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Majikan harus mendapatkan kebenaran bertulis dari pekerja asing dan memberitahu MOM (Kementerian Tenaga Manusia) tentang perubahan tersebut," katanya.

Tambahnya, kebenaran bertulis amat penting untuk melindungi hak pekerja asing itu kerana tuntutan secara lisan bahawa beliau sudah memberikan keterangan tidak boleh diterima.

Dalam posnya, Encik Zaqy berkata ada majikan yang tidak menepati komitmen untuk membayar gaji sepertimana yang ditetapkan dalam surat IPA.

Tambahnya, jika gaji yang ditetapkan dikurangkan tanpa kebenaran pekerja, ia satu kesalahan dari segi undang-undang.

"Jika pilihan ini (untuk mengurangkan gaji dengan persetujuan kededua pihak) disalahguna, kita harus pertimbang untuk tidak membenarkan pengurangan gaji sama sekali.

"Antara kesan negatif yang mungkin berlaku adalah gaji tidak dapat diubah dan disesuaikan walaupun kededua majikan dan pekerja asing setuju, contohnya, jika kemahiran yang diperlukan jauh berbeza dengan apa yang dimiliki pekerja asing itu.

"Hasilnya, pekerja asing tersebut terpaksa pulang negeri," ujarnya.

Untuk itu isu tersebut harus dipertimbangkan dengan baik, tambah Encik Zaqy.

Isu tersebut juga telah diketengahkan Anggota Parlimen Louis Ng semasa sesi Parlimen semalam.

Menurut Encik Zaqy, sebanyak 17 majikan ditemui menipu gaji pekerja asing, dan mereka didenda $105,000 secara keseluruhan kerana mengurangkan gaji daripada apa yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pekerja itu dan tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada MOM.


"Jika pilihan ini (untuk mengurangkan gaji dengan persetujuan kededua pihak) disalahguna, kita harus pertimbang untuk tidak membenarkan pengurangan gaji sama sekali. Antara kesan negatif yang mungkin berlaku adalah gaji tidak dapat diubah dan disesuaikan walaupun kededua majikan dan pekerja asing setuju, contohnya, jika kemahiran yang diperlukan jauh berbeza dengan apa yang dimiliki pekerja asing itu. Hasilnya, pekerja asing tersebut terpaksa pulang negeri.''
- Encik Zaqy Mohamad.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map