Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy saran kumpulan seni manfaat geran digital

Nov 11, 2020 | 05:30 AM



KUMPULAN seni di Singapura harus terlebih dahulu memanfaatkan sepenuhnya geran digital yang disediakan pemerintah bagi menghasilkan persembahan bermutu dalam talian.



Dengan persembahan berskala kecil kini disajikan buat bilangan penonton terbatas di ruang seni, persembahan hibrid di panggung dan dalam talian juga boleh diusahakan bagi memenuhi naluri anak seni yang dambakan interaksi dengan penonton.



Dek impak pandemik Covid-19 pada hasil pendapatan dengan banyak acara dalam talian percuma, minda penggerak kumpulan seni perlu berpaksikan perniagaan kerana seni dan bisnes harus bergerak seiring.



Demikian rumusan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dalam sesi dialog Zoom bersama 10 wakil badan seni dan budaya anjuran Berita Harian semalam.



Wakil daripada Orkestra Melayu Singapura (OMS), Panggung Digital, Orkestra Sri Temasek, Sri Warisan Performing Arts, Aras Theater, Artistari Gentari, Sriwana, Teater Ekamatra, Variasi Performing Arts dan Ardwinda menyertai dialog itu.



Antara isu yang diketengah ialah inisiatif digital - sejauh mana ia menaiktarafkan seni atau membanjiri media sosial hingga menjejas mutu dan nilai seni; rancangan membangun semula program seni pasca-Covid-19 dan langkah mencorak budaya kedermawanan seni dalam masyarakat Melayu.



Pengarah Urusan Sri Warisan, Encik Adel Dzulkarnaen Ahmad, berkongsi usahanya meraih geran penyampaian digital Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan pihak lain bagi menggerak program dalam talian dan memperkasa jurulatih.



Pengasas Panggung Digital, Encik Saiful Amri Ahmad Elahi, memperkenal drama radio digital dengan mengajak sama aktivis veteran Nadiputra dan M. Saffri A. Manaf.



Penggerak Aras Theater, Encik Hidayat Nordin, dan pengarah artistik Artistari Gentari, Encik Badarudin Hassan, pula teruja meneroka pembikinan dokumentari dikir barat dan filem digital mengenai tarian.



Menyambut baik saranan pengarah urusan Teater Ekamatra, Cik Nurul Shaza Mohd Ishak, tentang pengumpulan dana seni dan pengendalian bisnes seni, Encik Zaqy berkata beliau akan menghubungkan kumpulan seni dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi DPPMS berkongsi kepakaran mereka.



Beliau mengusulkan badan seni Melayu membangun jumlah pengikut media sosial bagi memancing penaja, termasuk firma bukan Melayu.



"Walaupun anda penggiat seni, anda harus berfungsi seperti usahawan bagi mengekalkan aktiviti seni anda. Saya akur anda perlu membayar pekerja atau peserta program, menanggung kos operasi dan banyak biaya lain.



"...bergerak dalam ruang digital tidak sama dengan berada di pentas fizikal. Penyesuaian dan usaha memanfaatkan geran seni pemerintah yang sedia adalah langkah pertama," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >