PEMERINTAH disaran supaya menambah sumber demi membangunkan keupayaan keselamatan siber yang dapat membantu Prasarana Maklumat Kritikal (CII) membiayai latihan dan pendedahan antarabangsa bagi kakitangan mereka dalam bilang latihan keselamatan, kata Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang).
Menyertai perbahasan berhuhung rang undang-undang Keselamatan Siber di Parlimen, Encik Zaqy turut menyarankan supaya Agensi Keselamatan Siber (CSA) menerajui usaha bersama penguasa sektor dan menetapkan amalan industri, berkongsi khidmat dan risikan supaya pemilik CII dapat mencapai kesediaan keselamatan dalam cara yang berkesan demi menangani ancaman.