Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Zaqy sertai perbincangan isu keselamatan serantau, global

Dec 05, 2020 | 06:17 PM

MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, pada Sabtu  (5 Disember) mengambil bahagian dalam satu perbincangan mengenai isu keselamatan serantau dan global, termasuk tadbir urus global ekoran berlakunya pandemik Covid-19 dan isu keselamatan di Timur Tengah dalam konteks global.
Beliau berbuat demikian semasa menghadiri Dialog Manama 2020 yang ke-16 yang berlangsung secara maya pada Sabtu dan Ahad (6 Disember).
Anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa, dialog tahunan itu adalah forum keselamatan utama bagi pegawai kanan pertahanan, keselamatan dan hal ehwal luar negara dari seluruh dunia untuk membincangkan cabaran keselamatan di Timur Tengah dan melangkauinya.
Ekoran sekatan  Covid-19, dialog tahun ini diadakan dalam format campuran dengan dialog fizikal berskala lebih kecil  diadakan di Bahrain, dan perwakilan lain menghadiri dialog itu  secara maya.
Encik Zaqy dijadual menyertai satu perbincangan mengenai kerjasama keselamatan baru di kawasan Timur Tengah pada Ahad (6 Disember).
Singapura telah menjadi peserta aktif Dialog Manama sejak ia dimulakan pada 2004, dan terus terlibat dalam perbincangan mengenai isu keselamatan serantau dan antarabangsa di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Dialog Manama ke-16 dihadiri  pegawai dari lebih 40 negara, termasuk Australia, Mesir, Perancis, Jerman, Jepun, Jordan, Kuwait, Oman, Arab Saudi, Turkey, Amiriah Arab Bersatu, Britain dan Amerika Syarikat.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map