Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy seru lebih ramai majikan daftar bagi alat pantau kesihatan mental pekerja

May 05, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 70 majikan telah mendaftar bagi alat dalam talian percuma yang disediakan pemerintah untuk memantau kesejahteraan mental pekerja mereka, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad.



Dilancarkan Februari lalu, iWorkHealth ialah alat penilaian kesihatan psikososial dalam talian untuk syarikat dan pekerja mereka mengenal pasti faktor menyebabkan tekanan, seperti kurang kawalan pekerjaan, permintaan pekerjaan tidak terurus atau sokongan sosial tidak mencukupi daripada penyelia dan rakan sekerja.



Berucap di Majlis Anugerah Kesihatan Mental Reben Perak bagi Majikan semalam, Encik Zaqy menekankan peri pentingnya menangani tekanan di tempat kerja dan menggesa lebih banyak majikan agar mendaftar.



Beliau menggalak majikan mengetahui lebih lanjut tentang iWorkHealth dan mereka yang masih menimbangkannya segera mendaftar.



"Reben Perak dan semua majikan yang ada di sini hari ini boleh menolong untuk memberi kesan serta menggalak majikan faham dengan lebih baik faktor yang menimbulkan stres di tempat kerja, dan mengenal pasti campur tangan bagi menjaga kesejahteraan pekerja," ujar Encik Zaqy.



Menurut beliau, kesejahteraan mental di tempat kerja telah menjadi keprihatinan meningkat di tempat kerja, khususnya sedang pekerja berdepan perubahan dalam aturan bekerja ekoran pandemik Covid-19.



"Lantaran itu, adalah menggalakkan melihat syarikat menjalankan peranan mereka untuk menjaga dan menyokong kesejahteraan mental pekerja mereka dan kami telah mengiktiraf usaha ini menerusi inisiatif seperti Anugerah Reben Perak.



"Menyokong kesejahteraan mental pekerja adalah keutamaan pemerintah," kata Encik Zaqy.



Dalam hal ini, beberapa usaha telah dijalankan pemerintah. Ia termasuk pembentukan Panel Penasihat Antarabangsa untuk Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja dan Nasihat Rakan Tiga Pihak mengenai Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja pada November lalu.



"Saya mahu menekankan kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal - dan ia akan meninggalkan kesan signifikan terhadap produktiviti pekerja.



"Saya gembira lebih banyak majikan mengakui ini dan mengambil langkah pertama untuk memperkenal inisiatif kesejahteraan mental di tempat kerja," ujar Encik Zaqy.



Dalam majlis anugerah yang julung-julung kali diadakan itu, 12 syarikat diberi penghormatan kerana usaha mewujudkan sekitaran bekerja sihat secara mental menerusi pelbagai cara.



Ini termasuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai isu kesihatan mental dan menggalak kesedaran kesihatan mental positif di tempat kerja.



Antaranya ialah badan amal di bawah kumpulan syarikat Jardines, Jardines Mindset. Ia menggajikan sekitar 230 orang yang mengalami masalah kesihatan mental sejak 10 tahun lalu, di samping menempatkan 31 individu lain dalam pertubuhan di luar kumpulan itu.




"Menyokong kesejahteraan mental pekerja adalah keutamaan pemerintah. Saya mahu menekankan kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal - dan ia akan meninggalkan kesan signifikan terhadap produktiviti pekerja. Saya gembira lebih banyak majikan mengakui ini dan mengambil langkah pertama untuk memperkenal inisiatif kesejahteraan mental di tempat kerja."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >