Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Tindakan undang-undang harus jadi jalan keluar terakhir dalam kes pertikaian di tempat kerja

Nov 24, 2021 | 08:39 PM



MESKIPUN penggubalan undang-undang akan membolehkan kes diskriminasi di tempat kerja ditangani dengan lebih berkesan, tindakan undang-undang harus menjadi jalan penyelesaian terakhir yang diambil semua pihak dalam sesebuah kes pertikaian.

Sebaliknya, semua pihak perlu berusaha menyelesaikan pertikaian mereka menerusi pengantaraan dan pendamaian, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, dalam satu sesi dialog mengenai perundangan keadilan di tempat kerja yang diadakan dalam talian pada Rabu (24 Nov).





Pada Julai lalu, pemerintah telah membentuk satu jawatankuasa tiga pihak untuk menyemak rangka kerja keadilan bagi tempat kerja di sini dan meninjau jika perundangan adalah pilihan dasar terbaik untuk mempertingkat usaha yang telah dilakukan sejauh ini.

Encik Zaqy berkata perundangan akan membolehkan pemerintah mengambil tindakan lebih berkesan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mengenakan hukuman wajar terhadap kumpulan kecil majikan dan individu yang bersifat diskriminasi.





Namun, langkah itu  harus menjadi pilihan  terakhir bagi semua pihak dalam pertikaian.

“Sememangnya, kami percaya bahawa penyelesaian undang-undang harus menjadi jalan keluar yang terakhir, dan bukan  pertama.

“Semua pihak perlu bekerja keras untuk menyelesaikan pertikaian melalui pengantaraan dan pendamaian,” kata beliau.

Memberi perkembangan terkini, Encik Zaqy berkata jawatankuasa tiga pihak itu kini sedang menyelesaikan saranannya untuk menetapkan garis panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) menjadi undang-undang.





Beliau turut berkongsi beberapa maklum balas yang diterima jawatankuasa itu sejauh ini.

Antaranya, diskriminasi berdasarkan usia, bangsa dan kerakyatan merupakan tiga keprihatinan utama rakyat Singapura

Kedua, majikan dan pekerja telah menyatakan adalah sukar untuk menentukan perbuatan khusus yang membentuk diskriminasi di tempat kerja, dan telah meminta jawatankuasa itu menetapkan syarat di bawah perundangan baru dengan jelas.

Akhir sekali, jawatankuasa itu menerima maklum balas bahawa perundangan tidak seharusnya mengakibatkan proses yang membebankan bagi kedua-dua perniagaan dan pihak yang menuntut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >