Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR PELAN KERJA KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Zaqy umum rancangan lakar garis panduan sedia ruang rehat pekerja

Sejak 1 April, MOM lawat pekerja dan majikan untuk ketahui lebih lanjut bagaimana pekerja berehat
Apr 17, 2019 | 05:30 AM



PEMERINTAH merancang membentuk satu garis panduan menjelang hujung tahun ini untuk membantu syarikat menyediakan ruang rehat yang sempurna buat pekerja pembersihan dan penyumberan luar.



Mengumumkannya semasa Seminar Pelan Kerja Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Orchid Country Club semalam, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, berkata sejak 1 April lalu, pihaknya telah melakukan lawatan ke tapak kerja untuk menemui pekerja dan majikan bagi mengetahui lebih lanjut tentang bagaimanakah pekerja berehat.



Usaha itu dimulakan dengan sektor pembersihan.



Sejauh ini, mereka telah mengunjungi sekitar 20 tapak, termasuk pusat makanan, pusat beli-belah dan bangunan komersial, dan menyasar mengunjungi sekitar 200 tapak menjelang hujung tahun ini.



Menerusi kunjungan itu, mereka mendapati bahawa meskipun pemilik bangunan memperuntukkan ruang dalam bangunan sebagai bilik simpanan dan ruang rehat buat pekerja pembersihan, keadaan ruang tersebut adalah amat berbeza, kata Encik Zaqy.



"Kami telah menyaksikan pekerja pembersihan berehat dalam kawasan terbuka di tempat meletak kenderaan yang terletak jauh dari premis bangunan, atau dalam bilik simpanan yang kecil, tiada pengalihan udara yang baik dan berselerak di besmen bangunan komersial," kata beliau.



Di premis kerja lebih kecil seperti pusat makanan pula, beliau berkata terdapat kekangan dalam memperuntukkan ruang tambahan sebagai ruang rehat.



"Pekerja pembersihan di premis ini boleh berehat di meja pusat makanan semasa waktu tidak sibuk atau di luar kawasan kerja mereka," kata beliau.



Encik Zaqy berkata bagi tapak yang tiada ruang rehat disediakan, pekerja perlu berehat di tangga dan kawasan pusat sampah jauh dari pandangan orang ramai.



Pekerja juga mengongsi bahawa mereka berharap kemudahan asas seperti lokar untuk menyimpan barangan peribadi, kipas, dan penyalur air minuman dapat disediakan.



"Kami juga faham daripada majikan bahawa pemilik bangunan memainkan peranan penting dalam memperuntukkan kawasan bagi ruang rehat," kata beliau.



Encik Zaqy berkata MOM akan mengorak langkah menyediakan ruang rehat yang baik di premis mereka sebagai contoh.



Pekerja kontrak bagi MOM, seperti pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan, boleh berehat di bilik yang diberikan di ibu pejabat dan pusat perkhidmatan mereka, kata beliau.



Mereka juga boleh menggunakan pantri dan ruang santai untuk berehat dan makan.



Beliau turut berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah menyediakan ruang rehat di kesemua tujuh pusat penjaja baru manakala Kementerian Pendidikan (MOE) pula telah memastikan terdapat bilik khusus di setiap lebih 300 sekolah bagi pekerja berehat.



MOM seterusnya akan bekerjasama dengan agensi pemerintah dan majlis bandaran bagi usaha itu.



Encik Zaqy turut melahirkan rasa gembira beberapa pemilik bangunan telah mengambil inisiatif menyediakan ruang rehat buat pekerja.



"Pekerja pembersihan kita bekerja keras untuk memastikan Singapura kekal bersih dan kemas untuk kita semua.



"Adalah betul bagi kita memberi mereka penghormatan dan maruah, bermula dengan menyediakan sekitaran bekerja yang sesuai," kata Encik Zaqy.



Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, yang baru-baru ini menulis agar ruang rehat yang sempurna dapat disediakan buat pekerja penyumberan luar dalam satu catatan blog, mengalu-alukan inisiatif MOM itu.



Beliau juga gembira majlis bandaran komited terhadap langkah itu.



"Di majlis bandaran Pasir Ris-Punggol di mana saya mempengerusikannya, kami sediakan meja makan dan kerusi bagi pekerja pembersihan berehat di pusat utiliti.



"Kami akan bekerjasama dengan MOM dan penyedia khidmat kami untuk melihat bagaimana kami boleh terus mempertingkat ruang rehat bagi pekerja penyumberan luar kami," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >