Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Usaha bersama warga dalam Pertahanan Mutlak dapat bantu atasi pandemik

Feb 15, 2021 | 06:20 PM




USAHA warga Singapura sepanjang tahun lalu, seperti memasak untuk golongan memerlukan dan menterjemah maklumat penting tentang Covid-19 untuk orang lain, menunjukkan usaha Pertahanan Mutlak yang akan membantu Singapura mengatasi dan muncul lebih kuat daripada pandemik ini, kata Menteri Negara Kanan ( Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad, pada Isnin (15 Feb).




Dalam ucapannya di acara peringatan Hari Pertahanan Mutlak 2021 di Singapore Discovery Center, Encik Zaqy menekankan pentingnya rangka kerja pertahanan nasional Singapura Pertahanan Mutlak. 



Beliau berkata semua orang di Singapura telah memainkan peranan dalam membendung penularan wabak itu di sini dan membantu orang lain.



Beliau juga berkata warga Singapura menunjukkan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan dengan menyokong mereka, lapor The Straits Times.



"Sepanjang wabak ini, sangat menggembirakan melihat ramai warga Singapura tampil sebagai relawan untuk menghulur bantuan kepada orang lain, terutama anak muda kita. Mereka memasak makanan untuk kumpulan yang mudah terjejas, menghantar makanan ke rumah, membuat pelindung muka, memimpin inisiatif untuk membantu mereka yang hilang tempat tinggal dan kurang berkemampuan, memulakan kempen untuk memerangi berita palsu, membuat laman web terjemahan, dan banyak lagi," tambahnya.



Hari Pertahanan Mutlak diperingati setiap tahun pada 15 Februari, untuk menandakan hari pada tahun 1942 di mana Singapura ditawan Jepun



Hari ini, kata Encik Zaqy, adalah "peringatan suram bahawa kita pernah tidak dapat mempertahankan diri kita" dan bahawa Singapura hanya boleh bergantung pada dirinya sendiri untuk kedaulatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >