Zaqy ziarah pekerja cedera dalam kebakaran Pulau Jurong
May 30, 2019 | 05:30 AM
MENTERI Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad telah menggesa semua majikan untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani bahaya di tempat kerja.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang ditemui bertanggungjawab terhadap insiden di tempat kerja, tambahnya lagi.