Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Cara bagi wanita hamil elak jangkitan

Aug 30, 2016 | 07:32 AM



PAKAI pakaian lengan panjang, gunakan penghalau nyamuk, tidur dalam bilik berhawa dingin dan timbang semula rancangan pergi ke kawasan mempunyai jangkitan tempatan virus Zika.



Itulah nasihat doktor dan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi wanita hamil yang bimbang mengenai penularan virus bawaan nyamuk Aedes itu.



Walaupun tidak bahaya bagi sebahagian besar orang, Zika boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Sekitar 1 hingga 13 peratus wanita yang dijangkiti semasa hamil boleh melahirkan bayi berkepala kecil - keadaan yang dikenali sebagai mikrosefali - dan kecacatan otak lain.



Di laman media sosial dan forum dalam talian, beberapa ibu hamil yang tinggal di kawasan terjejas Aljunied Crescent/Sims Drive tertanya-tanya apakah mereka perlu berpindah buat sementara waktu.



Yang lain bertanya apakah mereka perlu diuji bagi Zika dengan kerap selepas MOH mengesahkan 41 kes jangkitan tempatan pada Ahad (28 Ogos).



Seorang perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Denas Chandra, yang bekerja di kawasan itu dan mempunyai pengalaman selama 26 tahun, menasihatkan: "Jika anda mengalami demam, ruam, sakit kepala, mata merah atau sakit sendi, pergilah berjumpa pakar ginekologi."



Profesor Madya Arijit Biswas, ketua obstetrik dan ginekologi di Hospital Universiti Nasional (NUH), berkata risiko pada bayi dalam kandungan paling tinggi semasa trimester pertama kehamilan (tiga bulan pertama) dan pada awal trimester kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >