Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Empat kes baru

Sep 13, 2016 | 09:07 AM



TERDAPAT empat kes baru jangkitan Zika hingga tengah hari Isnin (12 Sep), menjadikan jumlah keseluruhan 333 sejak kes pertama jangkitan tempatan ditemui bulan lalu.



Pihak berkuasa menyediakan kemas kini ini di laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada lewat Isnin malam.



Bilangan kelompok kekal tidak berubah sebanyak tujuh. Kebanyakan kes - 269 - di kelompok Aljunied, dengan 101 muncul sepanjang dua minggu lepas.



Kedua paling besar ialah kelompok Elite Terrace, dengan tujuh kes, semuanya muncul sepanjang dua minggu lalu.



Sehingga Ahad lalu, lapan wanita hamil disahkan dijangkiti virus bawaan nyamuk itu.



Jangkitan Zika semasa hamil dikaitkan dengan kemungkinan lebih tinggi bayi dilahirkan dengan mikrosefali, iaitu kecacatan kelahiran teruk di mana kepala dan otak bayi terlalu kecil.



Doktor para wanita hamil itu sedang mengikuti keadaan mereka dengan dekat bagi memberi sokongan dan kaunseling.



Sekurang-kurangnya tiga acara diadakan pada Ahad untuk meningkatkan kesedaran tentang virus itu, dengan usaha memberi tumpuan lebih pada tindakan mengelakkan nyamuk di rumah.



Dua pertiga daripada tempat pembaikan nyamuk ditemui di dalam rumah, manakala selebihnya di kawasan umum dan tapak binaan.



Pengerusi NEA, Encik Liak Teng Lit, berkata pengasapan sahaja mempunyai "manfaat terhad" dan "tidak boleh menghentikan masalah ini".



Mulai Isnin (12 Sep), pihak berkuasa akan mengeluarkan kemas kini Zika setiap hari di laman web NEA di www.nea.gov.sg/zika-clusters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >