Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Singapura ambil langkah berjaga-jaga tambahan

Feb 04, 2016 | 08:08 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan terhadap virus Zika, memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin (1 Feb) lalu mengisytiharkan ia kecemasan kesihatan awam antarabangsa.


Salah satu langkah itu ialah meluaskan keupayaan menguji virus tersebut ke makmal hospital awam, umum dua agensi itu dalam satu kenyataan bersama pada Rabu.


Ujian sampel darah bagi kes yang disyaki virus Zika kini dilakukan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan.


Juga, disebabkan kaitan virus itu dengan beribu-ribu kecacatan kelahiran di Brazil, MOH akan membentuk sebuah kumpulan penasihat klinikal untuk memberi nasihat pakar mengenai pengurusan wanita hamil yang dijangkiti virus tersebut.


Menurut kenyataan itu, langkah-langkah tambahan tersebut selaras dengan yang dicadangkan WHO.


Sebelum perisytiharan itu, MOH dan NEA telah pun mengambil langkah-langkah pencegahan.


Ini termasuk memasukkan kes yang disahkan ke hospital awam, mengeluarkan pekeliling kepada doktor untuk mengajar mereka cara menguji dan menangani kes yang disyaki, dan mengeluarkan nasihat kesihatan kepada pelancong ke dan dari negara terjejas tentang cara mengelak digigit nyamuk.


Dua agensi itu menekankan bahawa kawalan vektor kekal sebagai tonggak utama pencegahan penyakit bawaan nyamuk itu.


Mereka menggesa orang ramai supaya mencegah pembiakan nyamuk dengan mengamalkan lima langkah Mozzie Wipeout setiap minggu. Ini termasuk meniarapkan semua bekas simpanan air dan menukar air dalam pasu dan mangkuk selang sehari.


Walaupun belum ada kes Zika di Singapura, pihak berkuasa percaya hanya menunggu masa sebelum ia sampai ke sini.


Zika sedang tersebar secara meluas di Amerika Selatan, dengan Brazil melaporkan wabak terbesar.


Mereka yang kembali ke Singapura dari kawasan terjejas, seperti negara di Amerika Tengah dan Selatan, dinasihatkan berjumpa doktor jika mereka menunjukkan tanda seperti demam, ruam, mata merah, dan sakit sendi dan otot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >