Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Warga Singapura masuk Johor naik bas akan diimbas

Aug 30, 2016 | 08:04 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia telah meningkatkan langkah berjaga-jaga berikutan kes pertama jangkitan tempatan virus Zika di Singapura.



"Ada risiko tinggi virus itu masuk ke negara kita dan kita perlu menerima risiko-risiko ini," kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Subramaniam Sathasivam, kepada pemberita pada Isnin (29 Ogos).



Malaysia telah meletak pengimbas haba - yang boleh mengesan demam - di lapangan terbang dan dua pintu masuk utama di Johor. Dianggarkan 150,000 hingga 200,000 orang bergerak setiap hari merentasi sempadan Johor dengan Singapura.



Hanya mereka yang menaiki bas antara Johor dan Singapura perlu melalui pengimbas itu. Yang tiba dengan kereta, kereta api atau motosikal akan diberi risalah mengenai virus Zika.



"Tidak ada cara mudah untuk menyaring mereka semua," kata Datuk Seri Dr Subramaniam. "Pesakit asimptomatik adalah masalah lebih besar kerana mereka tidak tahu mereka mempunyai virus itu di dalam badan mereka dan mereka boleh menyebabkan ia merebak kepada orang lain. Ia adalah risiko."



Beliau menggesa mereka yang pulang dari negara yang mempunyai kes jangkitan Zika supaya menjalani ujian secara sukarela di hospital utama.



Terdapat 12 hospital kerajaan dan empat makmal kesihatan awam di seluruh Malaysia yang menjalankan ujian itu, secara percuma bagi rakyat. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa enam jam hingga sehari.



Penduduk Johor boleh menuju ke Hospital Sultanah Aminah atau makmal kesihatan awam di Johor Baru.



Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah yang sama bagi memerangi nyamuk Aedes, yang merebakkan bukan sahaja Zika bahkan denggi dan chikungunya. Langkah-langkah itu termasuk penggunaan ubat nyamuk, menjaga rumah agar sentiasa bersih dan menghapuskan air bertakung.



"Jika kita menangani isu Aedes, kita juga menangani Zika," kata penasihat kebangsaan mengenai penyakit berjangkit Malaysia, Dr Christopher Lee.



Kementerian Kesihatan menjalankan 784 ujian darah bagi virus Zika sejak Julai tahun lepas, dengan tiada satu pun kes dikesan setakat ini. Atlet baru pulang baru-baru ini daripada Sukan Olimpik di Brazil, yang terjejas teruk oleh Zika, telah diuji dan semua keputusan negatif.



Kementerian itu juga telah meningkatkan usaha memerangi ancaman nyamuk dengan meningkatkan semburan kabus di semua negeri, terutamanya Johor.



"Kami akan meneruskan ini sehingga keadaan di Singapura tenang, dengan tiada kes baru," kata Datuk Seri Dr Subramaniam.



Singapura telah mengesahkan 56 kes jangkitan tempatan Zika, kebanyakannya membabitkan pekerja dari tapak binaan.



Datuk Seri Dr Subramaniam juga berkata walaupun ada kebimbangan terhadap Zika, denggi kekal sebagai isu kesihatan lebih besar bagi Malaysia.



"Denggi masih masalah lebih besar daripada Zika untuk kita kerana denggi boleh menyebabkan kematian," ujarnya.



Malaysia mengalami peningkatan kes denggi dalam dua minggu terakhir Ogos, dengan purata mingguan 1,900 kepada 2,000 kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >