Zoo terima dua kura-kura dari Mauritius
Mar 18, 2016 | 05:30 AM
TAMAN Haiwan Singapura telah menerima dua kura-kura gergasi Aldabra, yang akan memperkukuh lagi rancangan pemuliharaan pembiakannya, pada Sabtu lalu.
Mauritius telah memberi kura-kura betina itu sebagai hadiah kepada Taman Haiwan Singapura sempena meraih laluan udara bagi pesawat terbaru yang membuka laluan antara Singapura dengan Mauritius tahun lalu.