Zoom upacara korban di Bandung, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MADRASAH AL-MA'ARIF

Zoom upacara korban di Bandung

Jun 18, 2021 | 05:30 AM

SEEKOR kambing korban yang lebih berat bermakna daging korban itu boleh diagihkan kepada lebih ramai penerima dan mudah-mudahan para peserta korban juga dapat meraih pahala yang berlebihan.

Lantaran itu, Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah tidak pernah menempah kambing yang kurang 20 kilogram selama 12 tahun mereka melaksanakan ibadah korban dan akikah.

Tahun ini merupakan tahun ke-12 madrasah tersebut menganjurkan ibadah korban dan akikah di Indonesia.

Berat kambing yang ditempah madrasah itu adalah di antara 21 dengan 24 kilogram dan berharga $250 untuk ibadah korban dan $270 untuk aqiqah (dimasakkan sekali).

Ibadah korban dan akikah bakal diadakan di Pesantren Baabussalam di Kopo Bandung, Indonesia, di mana ia merupakan tempat penyembelihan dan pembahagian daging-daging korban dan akikah.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah telah menjalin ikatan silaturahim dan bekerjasama rapat dengan Pesantren Baabussalam selama 12 tahun dan mereka seolah-olah sudah seperti keluarga.

Sebelum ini, madrasah tersebut pernah menganjurkan ibadah korban dan akikah di dua tempat di Indonesia iaitu di Medan dan Bandung pada tahun-tahun awal.

Namun, madrasah tersebut membuat keputusan untuk fokus pada satu tempat sahaja iaitu di Bandung sejak melebihi enam tahun lalu.

Ini disebabkan ia lebih mudah untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah pada satu tempat yang bagi memastikan segala urusan pentadbiran antara dua pihak berjalan baik dan lancar.

Bagi memastikan segala urusan ibadah korban dan akikah berjalan lancar, para pegawai dari Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah akan mengunjungi kandang kambing itu sendiri untuk memeriksa kambing sejak tahun pertama madrasah tersebut menawarkan khidmat ibadah korban dan akikah ini. Pemeriksaan kandang kambing ini akan dilakukan dua hingga tiga kali pada bulan berbeza sebelum tibanya Hari Raya Aidiladha.

Namun, akibat keadaan pandemik Covid-19, pihak madrasah tidak dapat ke sana dan menghadirkan diri secara fizikal sejak tahun lepas, tetapi pihak madrasah telah menonton upacara penyembelihan secara langsung melalui wadah video dalam talian, Zoom.

Alhamdulillah, dengan teknologi yang canggih sekarang, pihak pesantren dapat melaksanakan permintaan pihak madrasah untuk menonton upacara penyembelihan itu secara langsung pada tahun lalu dan perkara sama juga bakal dilakukan pada tahun ini.

Setelah selesai semua upacara korban, pihak madrasah akan memberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta.

Oleh itu, para peserta diminta untuk memberi maklumat yang lengkap supaya mudah untuk pihak madrasah memberi sijil dan juga menghubungi peserta jika perlu.


PANDUAN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 6747-9835 / 9182-4766 (waktu operasi, Isnin-Jumaat, 8.30 pagi hingga 4.30 petang)

Cara-cara mendaftar:

1. Pejabat Madrasah: No 3 Lorong 39 Geylang S387865 (waktu operasi seperti di atas);

2. Website: https://almaarif.edu.sg/qurban-aqiqah/;

3. Whatsapp; Paynow: 91824766 (Berikan Nama, Alamat, korban/akikah, Bilangan dan jumlah, Screenshot pembayaran yang sudah dilalukan melalui PayNow);

4. Internet banking: OCBC Current 507018232001 (Screenshot dan hantar ke 9182-4766);

5. Pungutan dari rumah: Whatsapp di talian 9182-4766

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map