KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI

Zulkifli disoal perihal pemahamannya apabila tandatangani dokumen

PERSOALAN tentang pemahaman Encik Zulkifli Mohammed apabila menandatangani pelbagai dokumen yang sepatutnya diserahkan kepada agensi pendanaan selaku Presiden Majlis Pusat (MP) ketika itu diketengahkan dalam perbicaraan kes projek Penyalaan Lampu Hari Raya (HRLU) 2011 dan 2012 di Mahkamah Negara semalam.

Dalam pemeriksaan balasnya, peguam bela bekas Setiausaha Kewangan MP, Abdul Ghani Tahir, Encik Hamidul Haq, kerap kali bertanya kepada Encik Zulkifli sama ada beliau pernah mendapati sesuatu yang salah atau perlu dipersoal semasa menandatangani semua borang dan dokumen yang diberikan kepadanya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto