Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN MENDAKI

Zuraidah dinamakan CEO Mendaki bagi kali kedua

Jan 10, 2020 | 05:30 AM



PENGALAMAN Cik Zuraidah Abdullah yang meluas dalam sektor awam dan penglibatan aktif dalam masyarakat bermakna Yayasan Mendaki berada dalam kedudukan yang baik untuk meneruskan usaha bagi masyarakat Melayu/Islam, kata badan bantu diri itu.



Cik Zuraidah, 57 tahun, dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki bagi kali kedua semalam.



Beliau menggantikan Cik Rahayu Buang, 49 tahun, yang meninggalkan Mendaki selepas berkhidmat selama tiga tahun.



Cik Zuraidah, yang juga wanita pertama menyandang jawatan penolong pesuruhjaya kanan (SAC) polis - antara pangkat tertinggi Pasukan Polis Singapura (SPF) - akan meninggalkan jawatannya sebagai komander domain (udara) di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Beliau akan mula berkhidmat pada 1 Mac ini, sebagai pemangku CEO, sebelum memulakan tugas secara rasmi pada 1 April.



Dalam kenyataannya, Mendaki berkata Cik Zuraidah telah mempertingkat amalan pengurusan dan membantu kakitangannya mengimbangi komitmen pejabat dengan komitmen di rumah dengan lebih baik semasa berkhidmat sebagai CEO dari 2007 hingga 2009.



Ini termasuk melaksanakan dasar dan strategi bagi pelajar dan keluarga Melayu/Islam.



Cik Zuraidah, yang berpengalaman lebih tiga dekad dengan SPF juga menjadi wanita pertama dilantik sebagai anggota majlis Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) - badan eksekutif tertinggi di agensi pemerintah itu, yang bertanggungjawb membentuk dasar dan mengarah operasi.



Dalam wawancara dengan akhbar ini pada 2017, mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata beliau "membawa masuk" Cik Zuraidah ke majlis Muis kerana ingin melihat lebih ramai wanita Melayu dalam kedudukan kepimpinan.



Dalam wawancara yang sama, Dr Yaacob juga berkata sebagai CEO, Cik Zuraidah mempunyai "semangat yang kuat, bersedia menolak ke hadapan dan melaksanakan tugas''.



Cik Zuraidah kini akan kembali ke Mendaki berbekal pengalaman meluas dalam sektor awam dan kerja masyarakat.



Cik Zuraidah berkhidmat sebagai pengerusi Yayasan Warisan Melayu (MHF) antara 2009 dengan 2018, dan juga menjadi pengerusi bersama jawatankuasa yang ditugaskan mengumpul dana bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF). Dana itu, kata Mendaki, membantu 10,000 pelajar di Singapura setiap tahun.



Pada 2016, beliau dinamakan sebagai penerima Anugerah Jauhari Berita Harian kerana komitmen dan sumbangannya dalam pelbagai bidang, termasuk kemasyarakatan dan pendidikan.



Dalam wawancara dengan akhbar ini waktu itu, Cik Zuraidah berkata pengalamannya sebagai CEO telah membuka matanya mengenai cabaran dan isu yang dihadapi masyarakat. Beliau menganggap jawatan CEO Mendaki sebagai kedudukan baik untuk mempertingkat kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.



"Antara perkara yang memberi saya kepuasan adalah melihat anak-anak daripada keluarga kurang bernasib baik berjaya melangkah ke menara gading. Itulah yang menunjukkan bahawa kita boleh dan harus melakukan lebih banyak usaha lagi," katanya.




ANTARA PENCAPAIAN ZURAIDAH



2007-2009: Dipinjamkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) kepada Yayasan Mendaki. Menjadi CEO wanita kedua di Mendaki



2007-2010: Anggota Majlis Muis



2009-2018: Pengerusi Yayasan Warisan Melayu (MHF)



2013: Menjadi wanita pertama menyandang jawatan penolong pesuruhjaya kanan (SAC) polis - antara pangkat tertinggi di SPF



2016: Menang Anugerah Jauhari Berita Harian



2020: Dilantik semula sebagai CEO Mendaki




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >