Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zuraidah kembali sebagai CEO Mendaki

Jan 10, 2020 | 05:30 AM



PEGAWAI kanan polis Cik Zuraidah Abdullah akan memimpin Yayasan Mendaki buat kali kedua bermula 1 Mac ini.



Cik Zuraidah, 57 tahun, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan bantu diri itu, dan akan mengambil alih jawatan daripada Cik Rahayu Buang.



Cik Zuraidah meninggalkan Mendaki pada 2009, dua tahun selepas dilantik sebagai CEO.



Cik Zuraidah, yang juga wanita pertama menyandang jawatan penolong pesuruhjaya kanan (SAC) polis - antara pangkat tertinggi Pasukan Polis Singapura (SPF) - akan meninggalkan jawatannya sebagai komander domain (udara) di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Mengulas tentang pelantikan itu, Cik Zuraidah berkata beliau ingin memperkukuh kedudukan Mendaki menerusi projek lama dan baru seperti inisiatif M Kuasa Tiga (M3).



"Masyarakat (Melayu/ Islam) sedang memulakan fasa sosioekonomi lebih baik dengan lebih pantas. Keluarga Yayasan Mendaki telah bekerjasama gigih bersama rakan kongsi, cendekiawan, sumber negara dan agensi serta masyarakat. Kami akan mengumpulkan semua data untuk membantu kita semua beralih ke era digital yang baru," kata Cik Zuraidah, yang turut berkata beliau berasa amat terhormat membimbing dan bekerjasama dengan pemimpin lebih muda.



Dalam kenyataannya, Mendaki berkata Cik Zuraidah, dalam penggal pertama sebagai CEO, telah mempertingkat amalan pengurusan Mendaki dan melaksanakan perubahan untuk membantu kakitangan mengimbangi tuntutan kerja dengan komitmen di rumah.



Cik Zuraidah akan memulakan tugas sebagai pemangku CEO Mac ini, sebelum menyandang jawatan itu secara rasmi pada 1 April.



Cik Rahayu, 49 tahun, yang dipinjamkan kepada Mendaki oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sejak 2017 akan kembali ke kementerian itu pada 1 April nanti.



Kata Mendaki dalam kenyataannya, Cik Rahayu telah memperkukuh kedudukan Mendaki sebagai pemimpin pemikiran dalam masyarakat Melayu/Islam.



Beliau juga mengetuai usaha mengumpul derma bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF) sejak tiga tahun lalu, mengumpul $6.3 juta.



ETF ialah skim bantuan kewangan yang membantu 10,000 pelajar Melayu/Islam setiap tahun.



Lembaga pengarah Mendaki menerusi kenyataannya semalam mengucapkan penghargaan kepada Cik Rahayu atas sumbangannya kepada Mendaki.



Ia juga mengucapkan tahniah kepada Cik Zuraidah.



"Lembaga pengarah yakin bahawa pengalaman luas beliau dalam sektor awam dan penglibatan aktifnya dalam masyarakat bermakna Yayasan Mendaki berada dalam kedudukan baik untuk meneruskan usaha bagi masyarakat Melayu/Islam.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >