Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zuraidah terajui Mendaki buat kali kedua

Jan 09, 2020 | 06:01 PM



PEGAWAI kanan polis Cik Zuraidah Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, kali kedua beliau dilantik bagi jawatan itu.



Beliau menggantikan Cik Rahayu Buang, yang akan kembali ke Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) selepas berkhidmat di Mendaki sejak 2017.



Cik Zuraidah pertama kali dilantik sebagai CEO Mendaki pada 2007 di mana beliau berkhidmat selama dua tahun.



Pegawai polis berpengalaman lebih tiga dekad itu mencipta sejarah pada 2013 apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) polis – pangkat ketiga tertinggi dalam Pasukan Polis Singapura (SPF).



Cik Zuraidah akan meninggalkan jawatannya sebagai komander domain (udara) di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan dan memulakan tugas sebagai pemangku CEO Mendaki pada 1 Mac 2020.



Beliau akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 April 2020.



Mengulas tentang pelantikannya itu menerusi kenyataan Mendaki pada Khamis (9 Januari), Cik Zuraidah berkata:



“Masyarakat (Melayu / Islam) sedang memulakan fasa sosioekonomi lebih baik dengan lebih pantas. Keluarga Yayasan Mendaki telah bekerjasama gigih bersama rakan kongsi, cendekiawan, sumber negara dan agensi serta masyarakat. 



“Kami akan mengumpulkan semua data untuk membantu kita semua beralih ke era digital yang baru,” kata Cik Zuraidah, yang turut berkata beliau berasa amat terhormat membimbing dan bekerjasama dengan pemimpin lebih muda. 



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >