Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 individu disiasat dalam kes tipu ambil pelitup dari mesin layan diri tanpa kebenaran

Dec 11, 2020 | 9:47 PM
Pelitup itu diambil dari mesin layan diri Yayasan Temasek tanpa kebenaran.
Pelitup itu diambil dari mesin layan diri Yayasan Temasek tanpa kebenaran. - LIM YAOHUI

POLIS sedang menyiasat 10 orang yang disyaki terlibat dalam tiga kes menipu berasingan membabitkan pengambilan pelitup muka tanpa kebenaran dari mesin layan diri Yayasan Temasek.

Dalam salah satu kes, seorang wanita beusia 47 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi yang diperoleh secara haram untuk mengambil lebih 460 pelitup muka dari mesin yang terletak di Kelab Masyarakat (CC) Yio Chu Kang tanpa kebenaran, kata polis dalam kenyataannya pada Jumaat (11 Dis).

Kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang sedang disiasat bagi penglibatannya dalam pengambilan dua pelitup dari mesin di CC Tanjong Pagar tanpa kebenaran.

Kes seterusnya melibatkan empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan berusia antara 12 dengan 19 tahun, yang disyaki terlibat dalam pengambilan lebih 90 pelitup dari mesin di beberapa lokasi tanpa kebenaran.

Siasatan awal mendapati kes-kes itu tidak bekait.

Rakaman kamera polis dan CCTV di mesin-mesin itu telah membantu polis dalam mengenal pasti suspek.

Siasatan polis sedang diteruskan.

Jika didapati menipu, mereka boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda atau kedua-duanya.

Kesalahan menyimpan maklumat peribadi yang diperoleh secara haram membawa hukuman penjara hingga tiga tahun, denda hingga $10,000 atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg