Topic followed successfully
Go to BHku100 orang sahaja boleh solat jemaah di masjid mulai 8 Mei; hanya tempahan tarawih dan qiamullail bagi zon 1 dan 2 dikekalkan
100 orang sahaja boleh solat jemaah di masjid mulai 8 Mei; hanya tempahan tarawih dan qiamullail bagi zon 1 dan 2 dikekalkan
100 orang sahaja boleh solat jemaah di masjid mulai 8 Mei; hanya tempahan tarawih dan qiamullail bagi zon 1 dan 2 dikekalkan
BILANGAN orang yang dibenarkan solat jemaah di masjid akan dikurangkan ke 100 orang mulai Sabtu (8 Mei).
Ini sebahagian daripada langkah diperketat yang diumumkan oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 untuk membendung penularan Covid-19 dalam masyarakat dan mengelakkan pembentukan kelompok baru. Solat yang terjejas termasuk tarawih dan qiamullail serta solat fardhu, solat Jumaat dan solat Hari Raya Aidilfitri, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya. Masjid hanya akan menyediakan solat berjemaah di dua zon, dengan 50 orang dalam setiap zon. Bagi baki solat tarawih dan qiamullail dalam bulan Ramadan mulai 8 Mei, Muis hanya akan mengekalkan tempahan yang dibuat dalam zon 1 dan zon 2. Tempahan bagi zon 3, 4 dan 5 akan dibatalkan secara serta merta.
Zon Muslimah akan terus disediakan di beberapa masjid. Muis akan menghantar e-mel kepada mereka yang tempahan tarawih dan qiamullail mereka dibatalkan. Sementara itu, kelas aLIVE mingguan untuk kanak-kanak, kuliah Adil dan kuliah di masjid secara bersemuka akan digantung buat sementara waktu dan dialihkan ke pembelajaran dalam talian dan pembelajaran di rumah mulai Sabtu. Masjid tertentu akan terus menawarkan khidmat pembayaran zakat bagi baki Ramadan, tetapi hanya dengan janji temu. Muis menggalak orang ramai agar melakukan pembayaran zakat di dalam talian di laman zakat.sg dan menderma ke masjid di laman OurMasjid.SG. Semua masjid juga akan mula melaksanakan pendaftaran masuk SafeEntry menggunakan TraceTogether sahaja mulai 17 Mei.

