SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

117 kes baru masyarakat, kluster pelabuhan ikan Jurong bertambah

117 kes baru masyarakat, kluster pelabuhan ikan Jurong bertambah

DPM Heng: Belia disaran terus perkukuh minat pada ekonomi dan kewangan
Jul 26, 2021 | 5:30 AM

117 kes baru masyarakat, kluster pelabuhan ikan Jurong bertambah

4e1ebe9e-6761-4c5d-a7db-a3e59e593d1f
-

SINGAPURA melaporkan 117 kes koronavirus baru dalam masyarakat semalam termasuk 46 kes yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) yang semakin bertambah.

Ini menjadikan keseluruhan kes di kelompok JFP kepada 787.

Terdapat juga lima kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV. Kelompok itu mempunyai keseluruhan 237 kes.

Daripada 117 kes itu, 43 dikaitkan dengan kes lalu dan telahpun dikenakan kuarantin.

Sebanyak 36 kes yang berkaitan dikesan melalui proses pemantauan manakala 38 kes tiada kaitan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam kalangan kes yang dilaporkan, dua merupakan warga senja berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksinasi atau hanya baru menerima separuh dos vaksinasi.

Dalam pada itu, terdapat lapan kes import yang telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, tambah MOH. Empat daripada kes itu dikesan apabila tiba di Singapura manakala empat lain menunjukkan simptom semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Ini menjadikan bilangan kes keseluruhan di Singapura kini sebanyak 64,179.

Kelmarin, seorang wanita warga Singapura berusia 83 tahun meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan Covid-19.

Beliau tinggal di Bukit Merah View dan dikaitkan dengan kelompok Blok 121 Bukit Merah View, kata MOH.

Wanita itu menunjukkan simptom pada 16 Jun tetapi tidak mendapatkan bantuan perubatan sehingga dibawa ke Universiti Hospital Nasional (NUH) pada 18 Jun. Beliau mempunyai sejarah tekanan darah tinggi dan kolestoral tinggi.

Sejauh ini, sejumlah 37 orang telah meninggal dunia kerana komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Dua kelompok baru juga dilaporkan MOH kelmarin manakala dua lagi kelompok telah ditutup.

Satu daripada kelompok aktif baru ialah di restoran Samy's Curry dekat 25 Dempsey Road, dengan sejumlah lapan kes dikaitkan dengannya.

Bagi mengurangkan penularan dan membolehkan pembersihan rapi di premis itu, restoran tersebut telahpun ditutup sehingga 8 Ogos.

Kesemua yang bekerja di restoran itu telah dikenakan perintah kuarantin dan akan diuji semasa tempoh ini.

MOH juga akan melanjutkan ujian percuma Covid-19 kepada mereka yang telah mengunjungi restoran itu antara 19 Julai dengan 23 Julai.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg