Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 136 kes baru, 18 dalam masyarakat

Jul 5, 2020 | 4:23 PM
Sebanyak lima kes dalam masyarakat merupakan kontak rapat kes terdahulu dan telah dikuarantin.
Sebanyak lima kes dalam masyarakat merupakan kontak rapat kes terdahulu dan telah dikuarantin. - Kelvin Chng

LAGI 136 kes Covid-19 baru disahkan sehingga 12 tengah hari Ahad (5 Julai) menjadikan jumlah 44,800 jangkitan di Singapura sejauh ini.

Jangkitan baru itu termasuk 18 kes dalam masyarakat yang terdiri daripada enam warga Singapura atau penduduk tetap, dan 12 pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebanyak lima kes dalam masyarakat merupakan kontak rapat kes terdahulu dan telah dikuarantin.

Sementara itu, sebanyak tujuh kes yang disahkan semalam merupakan kes yang diimport, dan kesemua mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Baki kes melibatkan pemegang permit kerja yang menginap di dormitori pekerja.

Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg