Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

140,000 majikan terima pembayaran Skim Bantuan Pekerjaan $4 bilion mulai 29 Julai

Jul 19, 2020 | 3:52 PM
Pembayaran bulan ini akan menyokong gaji yang dibayar kepada pekerja setempat dalam bulan Februari dan Mac.
Pembayaran bulan ini akan menyokong gaji yang dibayar kepada pekerja setempat dalam bulan Februari dan Mac. - Kua Chee Siong

LEBIH $4 bilion di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) akan dibayar kepada 140,000 majikan mulai 29 Julai ini demi membantu mereka mengekalkan pekerja. Ini akan membantu perniagaan membayar gaji sekitar 1.9 juta pekerja setempat secara keseluruhannya, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Ahad (19 Julai). Dengan pembayaran terkini itu, jumlah keseluruhan yang diberikan akan menjangkau $15 bilion, kata kementerian itu dalam satu kenyataan bersama dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras). JSS diperkenalkan dalam pusingan pertama pakej sokongan Belanjawan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Februari lalu. Di bawah skim itu, syarikat boleh mendapat sokongan gaji sehingga 75 peratus daripada gaji bulanan kasar $4,600 yang pertama bagi setiap pekerja setempat. Sektor yang lebih teruk terjejas dengan pandemik Covid-19, seperti sektor penerbangan dan pelancongan, akan mendapat lebih banyak sokongan di bawah skim itu. MOF dan Iras berkata pembayaran bulan ini akan menyokong gaji yang dibayar kepada pekerja setempat dalam bulan Februari dan Mac. Di samping itu, semua majikan juga akan mendapat sokongan 75 peratus bagi gaji yang dibayar semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada April lalu. Encik Heng dalam satu catatan di Facebook pada Ahad menggesa majikan agar melakukan yang terbaik mungkin untuk mengekalkan kakitangan mereka. Beliau turut menggesa majikan agar mengambil kesempatan untuk mengubah operasi mereka dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka dalam tempoh ini. "Bersama-sama kita dapat muncul lebih kuat daripada krisis ini," tulisnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg