SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

15 kes Covid-19 di SG: 1 masyarakat, 14 import

15 kes Covid-19 di SG: 1 masyarakat, 14 import

Apr 22, 2021 | 5:30 AM

15 kes Covid-19 di SG: 1 masyarakat, 14 import

8d4bded3-a641-4fc5-ab6d-1497e0918114
-

TERDAPAT 15 kes baru koronavirus disahkan sehingga 12 tengah hari semalam, membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kepada 60,880.

Jumlah kes baru itu termasuk 1 kes dalam masyarakat.

Tiada kes baru yang melibatkan pekerja migran di dormitori dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki 14 kes baru adalah kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah setiba di Singapura.

Butiran lanjut diumumkan malam semalam.

Kelmarin, hanya satu kes Covid-19 dalam masyarakat dilaporkan.

Pesakit itu ialah lelaki warga Bangladesh, 35 tahun, yang sudah menerima kededua dos vaksin Covid-19.

Beliau menunjukkan simptom meskipun menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 12 Mac dan yang kedua pada 13 April.

Beliau adalah penyelia pembinaan bersama syarikat Prosper Environmental & Engineering dan bekerja di Sembcorp Marine Admiralty Yard di daerah Admiralty.

MOH berkata bahawa lelaki itu berkemungkinan telah dijangkiti sebelum beliau menjalani vaksinasi untuk melindungi diri daripada virus, kerana ia memerlukan beberapa minggu untuk imuniti seseorang meningkat setelah menerima suntikan.

Pemegang permit kerja itu - yang tiba di Singapura pada Julai 2019 - adalah penghuni dormitori dan dikategorikan sebagai kes dormitori.

Beliau tinggal di dormitori Westlite Woodlands.

Beliau mengalami hidung berair pada 16 April tetapi tidak melaporkan simptomnya.

Pada hari yang sama, beliau diuji bagi virus itu sebagai sebahagian program ujian rutin yang dijadualkan.

Keputusan awal ujiannya - yang terkini merupakan pada 9 April - menunjukkan beliau negatif, kata MOH.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg