SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

16 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19, tiga tiada kaitan

16 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19, tiga tiada kaitan

May 31, 2021 | 11:07 PM

16 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19, tiga tiada kaitan

Terdapat 16 kes baru jangkitan dalam masyarakat hari ini. - Foto fail
Terdapat 16 kes baru jangkitan dalam masyarakat hari ini. - Foto fail -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan terdapat 16 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 hari ini (31 Mei).

Daripada jumlah tersebut, 13 mempunyai kaitan dengan kes-kes sebelum ini, tetapi lagi tiga tiada kaitan.

Tiada kes baru dalam dormitori pekerja migran.

MOH juga berkata terdapat tujuh kes import yang semuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Dua kes baru hari ini dikaitkan dengan kelompok NTUC Foodfare di Anchorvale dan empat lagi dikaitkan dengan kelompok Hong Ye Group.

Kelompok NTUC Foodfare itu kini mempunyai seramai sembilan orang sementara kelompok Hong Ye seramai 21 orang.

Empat individu baru dalam kelompok Hong Ye itu merupakan seorang pekerja pembersihan di Changi Business Park yang berusia 18 tahun, anggota perkhidmatan negara sepenuh masa berusia 18 tahun, remaja berusia 16 tahun dan seorang pelajar Sekolah Rendah New Town berusia 11 tahun.

Antara kes baru yang tiada kaitan hari ini termasuk seorang pekerja pentadbiran di Sekolah Rendah White Sands di Pasir Ris.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg