Premium
188 disiasat terlibat dalam 363 kes tipu bernilai $1.54j
Sehingga 50,000 lulusan akan menyertai pasaran pekerjaan tahun ini daripada pelbagai institusi pengajian tinggi setempat dan luar negara. Lazimnya, hampir 90 peratus akan mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Namun, keadaan tahun ini berbeza. Pandemik Covid-19 telah memaksa syarikat 'gulung tikar', melenyapkan pekerjaan dan menjerumuskan ekonomi dunia ke dalam krisis 'segenerasi'. Namun, masa depan bagi lulusan ini tidak semestinya malap, ia hanya berbeza. Ekonomi akan pulih dan pekerjaan baru akan menggantikan yang pupus. Kuncinya ialah bersikap positif, bersiap sedia merebut peluang yang muncul kelak dengan meningkatkan kemahiran, meraih kemahiran baru atau mendapatkan pengalaman semana mampu seperti yang ditonjolkan dua lulusan berikut.
Jun 14, 2020 | 5:30 AM

-