Topic followed successfully
Go to BHku191 unit teres di Lorong 3 Geylang kembali kepada pemerintah lepas tamat pajakan
Pengguna Berdaftar
191 unit teres di Lorong 3 Geylang kembali kepada pemerintah lepas tamat pajakan
Jan 1, 2021 | 3:02 PM
191 unit teres di Lorong 3 Geylang kembali kepada pemerintah lepas tamat pajakan
PEMBANGUNAN SEMULA: Tapak di Lorong 3 Geylang itu telah diperuntuk bagi perumahan awam pada masa depan, sebagai sebahagian rancangan untuk memperbaharui kawasan Kallang. - - Foto fail
KESEMUA 191 unit rumah teres di Lorong 3 Geylang, di tapak yang telah diperuntuk bagi perumahan awam masa depan, telah dikosongkan setelah pajakannya tamat pada 31 Disember 2020.
Pemilikan tapak itu juga telah dikembalikan kepada pemerintah, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (1 Januari).

