SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

$1j diderma beberapa jam lepas RLAF lancar bantuan kemanusiaan Gaza

$1j diderma beberapa jam lepas RLAF lancar bantuan kemanusiaan Gaza

Sheng Siong sumbang $200,000 untuk 'balas budi masyarakat dan bantu rakyat Palestin'
May 23, 2021 | 5:30 AM

$1j diderma beberapa jam lepas RLAF lancar bantuan kemanusiaan Gaza

MASYARAKAT PAPAR IHSAN: CEO Kumpulan Sheng Siong, Encik Lim Hock Kee (kiri), menyampaikan cek derma $200,000 kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, sebagai sokongan kepada bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza. Turut hadir di majlis di Masjid Yusof Ishak semalam ialah Duta Tidak Bermastautin Singapura ke Penguasa Palestin dan Ghana, Encik Hawazi Daipi (belakang, kanan), dan CEO Muis, Encik Esa Masood. - Foto MUIS
MASYARAKAT PAPAR IHSAN: CEO Kumpulan Sheng Siong, Encik Lim Hock Kee (kiri), menyampaikan cek derma $200,000 kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, sebagai sokongan kepada bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza. Turut hadir di majlis di Masjid Yusof Ishak semalam ialah Duta Tidak Bermastautin Singapura ke Penguasa Palestin dan Ghana, Encik Hawazi Daipi (belakang, kanan), dan CEO Muis, Encik Esa Masood. - Foto MUIS -

LEBIH $1 juta diderma bagi membantu rakyat Palestin di Gaza melalui dana bantuan kemanusiaan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) hingga 2.15 petang semalam - hanya sekitar 14 jam sejak pelancaran dana itu kelmarin.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan mengenai usaha pengumpulan derma itu oleh RLAF dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA).

Antara penderma kepada bantuan kemanusiaan itu ialah pasar raya Sheng Siong, yang menderma $200,000.

Derma tersebut disampaikan dalam bentuk sekeping cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sheng Siong, Encik Lim Hock Kee, kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dalam satu majlis di Masjid Yusof Ishak semalam.

Turut hadir sewaktu majlis pentampaian cek itu ialah Duta Tidak Bermastautin Singapura ke Penguasa Palestin dan Ghana, Encik Hawazi Daipi, yang juga mantan setiausaha parliamen kanan, dan CEO Muis, Encik Esa Masood.

Ketika diwawancara media, Encik Lim berkata pihaknya akan terus berusaha membantu demi kebajikan masyarakat.

".... sumbangan ini adalah untuk kami membalas budi (masyarakat) dan membantu rakyat Palestin," ujarnya.

Sementara itu, Encik Muhammad Faizal memuji masyarakat Singapura kerana memberi sambutan baik kepada usaha pengumpulan derma itu, dan berkata ia menunjukkan sifat ihsan dan sokongan kuat mereka kepada usaha bantuan kemanusiaan.

Beliau menambah bahawa pihaknya sedar ramai orang di Singapura mengambil berat tentang keadaan yang dialami rakyat Palestin, terutamanya isu pelarian.

"Ini merupakan satu isu yang penting (bagi kita) kerana kita hidup dalam baik dan hamoni dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura, tapi keadaan berbeza di Palestin.

"Jadi ini (dana bantuan kemanusiaan RLAF) adalah salah satu wadah untuk warga di sini menunjukkan keprihatinan dan keihsanan mereka untuk membantu dan menyokong rakyat Palestin yang sedang sengsara," kata Encik Muhammad Faizal.

Beliau berkata pertempuran yang berlaku di Gaza baru-baru ini menjejas masyarakat di ssama yang kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan.

RLAF bersama UNRWA menganjurkan usaha pengumpulan derma itu untuk menawarkan pertolongan dari segi perkhidmatan kesihatan dan sosial serta keperluan asas kepada mereka yang terjejas.

Pengumpulan dana itu dijalankan hingga 30 Mei.

Orang ramai boleh menderma menerusi pelbagai wadah dalam talian menerusi laman www.rlafoundation.org.sg/aidforgaza dan Giving.sg.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg