Topik diikuti
Pergi ke BHku2 masuk hospital dalam nahas libat 6 kenderaan di PIE

2 masuk hospital dalam nahas libat 6 kenderaan di PIE
DUA lelaki dibawa ke hospital berikutan kemalangan melibatkan enam kenderaan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Selasa.
Jurucakap polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar 7.55 pagi.
Kemalangan tersebut telah membabitkan dua kereta dan empat motosikal di PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi selepas susur keluar Bukit Batok Avenue 1, menurut laporan The Straits Times.
Kedua-dua lelaki berusia 26 dan 67 tahun itu, yang menunggang dua daripada motosikal yang terbabit, berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).
Tiga lagi telah didapati mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dibawa ke hospital, kata SCDF.
Gambar kejadian kemalangan yang diterbitkan akhbar Cina, Lianhe Zaobao, menunjukkan sebuah motosikal rosak yang diletakkan antara dua kereta, dengan serpihan terdapat di atas tanah berhampirannya.
Tiga lagi motosikal kelihatan di belakang kereta-kereta tersebut.
Zaobao melaporkan pada Selasa bahawa kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang menjangkau 100 meter dan berlangsung selama sekitar sejam.
Siasatan sedang dijalankan.