Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 maut akibat sebab lain meskipun dijangkiti Covid-19; 877 daripada 884 kes baru libat pekerja asing di asrama pekerja

May 12, 2020 | 11:50 PM
Pekerja asing yang menginap di asrama membentuk sebahagian besar jumlah itu. - Foto FAIL ST
Pekerja asing yang menginap di asrama membentuk sebahagian besar jumlah itu. - Foto FAIL ST -

LAGI 884 kes Covid-19 dikenal pasti di Singapura pada Selasa (12 Mei), dengan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja membentuk sebahagian besar jumlah itu.

Dua lelaki yang diuji positif bagi Covid-19 juga maut, walau kematian mereka disifatkan sebagai tiada kaitan dengan koronavirus itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Lelaki pertawa ialah warga Thai berusia 50 tahun, yang meninggal dunia akibat pendarahan serebrum. Beliau mengalami sesak nafas pada Ahad lalu dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada Isnin.

Lelaki kedua berasal dari India da berusia 31 tahun. Beliau meninggal dunia Ahad lalu akibat trombosis koronari, dan hanya didapati mengalami Covid-19 sehari selepas meninggal dunia, kata MOH.

Seorang lelaki warga India, 31 tahun, meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengadu sakit dada dan kemudian pengsan semasa di asramanya. Beliau diuji positif Cpvid-19 selepas kematiannya semalam, yang disebabkan trombosis koronari, kata MOH.

Buat masa ini, sembilan orang yang didapati dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia atas sebab-sebab lain, kata MOH, sementara 21 pesakit maut akibat koronavirus itu.

Tiga daripada kes baru pada Selasa melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Angka jangkitan keseluruhan di sini kini adalah 24,671.

MOH juga mengumumkan tujuh kelompok baru, iaitu di 45 Kian Teck Drive, 3 Loyang Way 6, 36 Senoko Road, 7 Senoko South Road, 3 Sungei Kadut Avenue, 46 Tech Park Crescent dan 5 Woodlands Industrial Park E1.

Dalam pada itu, seramai 626 pesakit telah pulih dan dibenar pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat, membawa jumlah keseluruhan kepada 3,851.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg