KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata dua pesakit muda merupakan antara tiga kes import baru Covid-19 pada Jumaat (31 Julai).
Seorang merupakan kanak-kanak perempuan warga Singapura berusia berusia enam tahun, dan seorang lagi penduduk tetap (PR) lelaki berusia 13 tahun.
Dalam kenyataannya Jumaat malam, MOH berkata mereka mempunyai sejarah perjalanan dari India tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau asimptomatik.
Mereka tiba di Singapura pada 3 dan 19 Julai lalu.
Kes import ketiga pula merupakan pemegang pas tanggungan wanita berusia 28 tahun.
Pesakit warga India itu juga mempunyai sejarah perjalanan dari India dan tiba di sini pada 19 Julai lalu.
Beliau juga asimptomatik.
Kesemua mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba di Singapura dan diuji positif semasa menjalani tempoh SHN 14 hari itu.
MOH juga melaporkan bahawa di kalangan 396 kes baru Covid-19 pada Jumaat, tiga merupakan kes dalam masyarakat.
Kebanyakan kes pula merupakan pekerja asing yang tinggal di dormitori.
Lagi 183 kes telah dibenar keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, dengan 136 kes masih dihospital tetapi mereka berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.
Tiada kes dalam unit jagaan rapi, kata MOH.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg