SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

20 kumpulan besar langgar peraturan jarak selamat hujung minggu lalu

20 kumpulan besar langgar peraturan jarak selamat hujung minggu lalu

Jan 24, 2021 | 9:02 PM

20 kumpulan besar langgar peraturan jarak selamat hujung minggu lalu

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengamalkan jarak selamat semasa tempoh Tahun Baru Cina.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengamalkan jarak selamat semasa tempoh Tahun Baru Cina. - SHINTARO TAY

SEBANYAK 20 kumpulan besar melanggar langkah jarak selamat di East Coast Park, Changi Beach, Fort Canning Park, Kallang Riverside Park dan Esplanade Park hujung minggu lalu. Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (23 Jan), Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata NParks akan mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan itu, termasuk mendenda mereka. Beliau juga menggesa orang ramai agar berhati-hati dan mengamalkan jarak selamat semasa tempoh Tahun Baru Cina. "Bagi menjaga kesihatan warga Singapura, agensi-agensi akan meningkatkan penguatkuasaan di pertubuhan F&B, pusat beli-belah dan tempat awam lain dalam tempoh ini, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali dan individu yang melanggar langkah jarak selamat," kata Cik Fu dengan menukil NParks, yang meningkatkan rondaan di taman dan pantai, sebagai contoh. Beliau menasihati orang ramai agar menggunakan alat dalam talian seperti peta masa nyata NParks untuk memeriksa saiz orang ramai di ruang awam, dan untuk sentiasa mematuhi langkah jarak selamat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg