Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

20 penduduk dipindahkan dek kebakaran di Sengkang

Jul 20, 2016 | 11:01 AM
Gambar fail Balai Bomba Sengkang.
Gambar fail Balai Bomba Sengkang. - GAMBAR FAIL ST

SERAMAI 20 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Sengkang pada awal pagi Rabu (20 Julai).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia diberitahu mengenai kebakaran itu pada 4.15 pagi.

Dua kereta bomba, sebuah Red Rhino, dua ambulans dan tiga kenderaan sokongan dikerah untuk memadamkan api di tingkat tiga Blok 257B. Compassvale Road.

Pegawai SCDF terpaksa memasukki flat itu menggunakan paksaan, dan api berjaya dipadamkan menggunakan dua jet air dalam masa 30 minit.

Seorang lelaki bukan penghuni flat itu dibawa ke Hospital Besar Singapura kerana kesukaran bernafas.

SCDF masih menyiasat punca kebakaran itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg