SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

22 orang didakwa langgar SHN pada 2020

22 orang didakwa langgar SHN pada 2020

Feb 8, 2021 | 4:53 PM

22 orang didakwa langgar SHN pada 2020

Foto jalur pergelangan tangan yang diberi bagi kegunaan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) oleh CHINESE MEDIA GROUP
Foto jalur pergelangan tangan yang diberi bagi kegunaan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) oleh CHINESE MEDIA GROUP -

SERAMAI 22 individu didakwa kerana melanggar ketetapan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), jelas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (8 Februari).

Mereka termasuk seorang lelaki Singapura berusia 34 tahun yang melanggar SHN selama 14 hari pada Mac tahun lalu selepas pulang dari Myanmar untuk makan bak kut teh serta seorang bekas jururawat yang meninggalkan rumahnya sewaktu SHN untuk membeli minuman 'bubble tea'.

Wanita itu kemudian disahkan positif Covid-19.

Dalam laporan statistik tahunannya, ICA berkata terdapat lebih 280,000 SHN yang dikeluarkan pada 2020.

Pada kemuncak April tahun lalu, pihak berkuasa memantau lebih 40,000 orang yang dikenakan SHN.

Bagi membantu usaha penguatkuasaan ini, ICA pada Ogos lalu mengenalkan jalur pergelangan tangan pemantauan elektronik buat individu yang menjalani SHN di kemudahan yang tidak dikhususkan.

Lebih 16,000 jalur pergelangan tangan ini diberikan tahun lalu.

"Langkah ini telah membantu ICA mengawasi kumpulan pengembara secara lebih berkesan dan teratur lagi lantas membantu mengurangkan risiko kepada masyarakat seandainya mereka melanggar perintah SHN mereka," kata ICA.

ICA juga telah memperkukuh khidmat dalam taliannya bagi memenuhi bilangan permohonan lanjutan pas lawatan jangka pendek yang bertambah memandangkan ramai warga asing mendapati diri mereka tidak boleh pulang ke negara asal kerana sekatan kembara ini.

Ia juga menambah ia berada dalam landasan yang ditetapkan dengan pelaksanaan Konsep Kebenaran Baru. Ini melibatkan paparan laluan berautomatik yang dipanggil sistem kawalan sempadan automatik yang membolehkan warga Singapura melintasi pintu masuk tanpa perlu menunjukkan pasport mereka.

Warga Singapura yang pulang ke sini atau berangkat dari sini boleh mendapatkan kebenaran imigresen tanpa pasport mulai 2022. Identiti mereka akan disahkan dahulu menerusi biometrik iris atau muka.

Jika sistem ini tidak dapat mengesan iris dan/atau biometrik wajah, pengembara Singapura ini boleh menggunakan cap jarinya.

"Sedang ICA berusaha membuka semula sempadannya secara progresif dan selamat, ia akan teruskan usaha transformasinya," jelas ICA.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg